Page 29 - Sukses Model Penulisan Tahun 4, 5 & 6 2022
P. 29
Bahasa Melayu KSSR Bahagian A – Membina Ayat
MODEL
20 Mari Berniaga Ekonomi
Gambar di bawah ini menunjukkan suasana ketika berlangsungnya Minggu
Pengguna di sebuah sekolah.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar tersebut.
1. Murid-murid beratur untuk membeli makanan di gerai yang dibuka pada hari itu.
2. Murid-murid yang menjaga gerai sibuk melayan para pelanggan yang terdiri
daripada rakan-rakan, ibu bapa, dan guru-guru.
3. Para pelanggan menjamu selera di meja makan yang telah disediakan.
4. Ahli pengakap ditugaskan untuk mengawal keadaan sepanjang perjalanan
karnival tersebut supaya berjalan lancar.
5. Tuan Guru Besar tersenyum gembira melihat kemeriahan sambutan Hari
Pengguna sewaktu melawat ke tapak jualan pada hari tersebut.
Ekstra
1. Pelbagai gerai makanan dan minuman yang dibuka ketika berlansungnya Minggu Pengguna itu.
2. Seorang pengunjung bertanya tentang lokasi yang ingin dituju kepada ahli pengakap yang
sedang bertugas.
24
Bahagian A.indd 24 05/11/2021 4:01 PM

