Page 35 - Peribahasa Watafa
P. 35
Bahasa Melayu Peribahasa Watafa Jawapan
Praktis 5
Setahun yang lalu, Cik Feeya kehilangan sumber pendapatan apabila
syarikat tempat dia bekerja gulung tikar. Dia berusaha untuk mencari
pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan yang dimilikinya, iaitu sebagai
seorang pelukis pelan. Namun demikian, nasib belum menyebelahi
dirinya. Pada masa yang sama, dia sering memuat naik pelbagai video
dalam media sosial tentang hobinya yang gemar merias wajah.
Saban hari Cik Feeya memuat naik video yang memaparkan dirinya
menyolek wajah sendiri dengan pelbagai tema menarik yang tak lapuk
dek hujan, tak lekang dek panas. Video tersebut mendapat tontonan
yang tinggi daripada orang ramai yang begitu teruja menyaksikan
bakat merias wajah yang ada pada Cik Feeya. Hasil kerjanya diminati
oleh ramai pengikutnya dalam media sosial.
Selain berjaya memaparkan kelebihannya dalam dunia solekan
wajah, dia turut meraih pendapatan yang lumayan apabila mencipta
nama sebagai jurusolek artis terkenal. Meskipun begitu, Cik Feeya
tidak sombong dan bongkak akan kejayaan yang diraihnya, malahan
sentiasa mengamalkan prinsip baik membawa resmi padi daripada
membawa resmi lalang.
346
00 JAWAPAN.indd 346 06/07/2022 9:30 AM

