Page 32 - Peribahasa Watafa
P. 32
Bahasa Melayu Peribahasa Watafa
niat hati hendak memeluk
gunung apakan daya tangan tak
sampai
Maksud: tidak berdaya mencapai sesuatu
yang dihajati atau dicita-citakan
Ayat contoh: Norman kecewa apabila
hasratnya untuk melanjutkan pelajaran ke
universiti tidak kesampaian kerana perlu
menyara keluarganya. Niat hati hendak
memeluk gunung apakan daya tangan tak
sampai.
nyamuk mati, gatal tak hilang
Maksud: menaruh dendam terhadap orang
yang berbuat jahat kepada kita walaupun ia
sudah dihukum
Ayat contoh: Pemuda yang melanggar
anaknya sehingga hilang keupayaan untuk
melihat itu telah dijatuhkan hukuman namun
dia masih menaruh dendam terhadap pemuda
itu, bak kata pepatah, nyamuk mati, gatal
tak hilang.
nyawa-nyawa ikan
Maksud: hampir mati Sumber
Ayat contoh: Si Tempang ialah kucing yang ♦ Antologi Sejadah
berjaya saya selamatkan setelah ditemukan Rindu, hlm. 71
dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di tepi
jalan raya.
231
00N PERIBAHASA WATAFA.indd 231 06/07/2022 10:03 AM

