Page 30 - Peribahasa Watafa
P. 30
Bahasa Melayu Peribahasa Watafa
naik minyak
Maksud: menjadi marah, meradang Sumber
Ayat contoh: Gajah itu naik minyak setelah ♦ Buku teks Tingkatan
para pelawat tiba-tiba menyerbu ke arahnya 4, hlm. 93
untuk mengambil gambar. ♦ Novel Chot, hlm. 26
naik seperti semut, turun seperti
ribut
Maksud: hendak memperoleh kejayaan
selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah
sekali
Ayat contoh: Perniagaannya mengambil
masa dua puluh tahun untuk maju seperti
sekarang tetapi jika dia tidak berhati-hati,
semuanya dapat hancur dalam sekelip mata
kerana pepatah ada mengatakan, naik seperti
semut, turun seperti ribut.
nama batang tubuh
Maksud: nama diri yang sebenarnya
Ayat contoh: Tukang masak tersohor, Puan
Jintan binti Putih berbangga dengan nama
batang tubuh yang diberikan kepadanya oleh
ibu bapanya.
229
00N PERIBAHASA WATAFA.indd 229 06/07/2022 10:03 AM

