Page 18 - Praktis Pintar KSSR 2022 Tahun 5 - Penulisan
P. 18

Penulisan  Tahun 5  Bahagian C


                                                      Catatan





                  Model Soalan dan Jawapan

              Kamu sekeluarga akan menyambut hari raya di kampung halaman. Bapa kamu merancang untuk
              pulang awal ke kampung halaman, iaitu dua hari sebelum sambutan hari raya tersebut.
              Tulis catatan perjalanan kamu sekeluarga pulang ke kampung.
              Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

              Jumaat, 22 Mei 2020
              6.00 pagi
              Selesai  menunaikan  solat  Subuh,  kami  sekeluarga  memasukkan  beg  pakaian  ke  dalam  ruang
              bagasi kereta. Ibu memastikan semua suis elektrik ditutup serta pintu dan tingkap dikunci dengan
              rapi kerana kami akan meninggalkan rumah dalam suatu jangka masa yang agak lama.

              6.30 pagi
              Kami bertolak ke kampung halaman ayah yang terletak di Perak. Sebaik-baik sahaja memasuki
              kawasan lebuh raya, kenderaan mulai bertali arus. Oleh itu, ayah memandu dengan berhati-hati
              untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

              10.00 pagi
              Kenderaan  kami  melepasi  kawasan  Negeri  Sembilan  dan  menghampiri  kawasan  Selangor.
              Kenderaan semakin banyak. Ayah terpaksa berhenti rehat sebentar di kawasan rehat dan rawat
              Dengkil untuk menghilangkan kepenatan memandu. Saya dan adik-beradik yang lain mengambil
              kesempatan ke tandas.
              11.00 pagi
              Selepas berehat selama satu jam, kami menyambung perjalanan menuju ke destinasi. Sepanjang
              perjalanan, kami dapati ada juga beberapa buah kenderaan yang tersadai kerana mengalami
              kerosakan  kecil.  Terdapat  juga  pemandu  dan  penunggang  motosikal  yang  mengendalikan
              kenderaan mereka secara berbahaya. Mujur ayah penyabar orangnya dan sentiasa berjaga-jaga
              sepanjang perjalanan.

              1.30 petang
              Setelah tujuh jam dalam perjalanan, akhirnya kami tiba di kampung halaman dengan selamat.
              Saya bersyukur kerana perjalanan kami tidak berhadapan dengan masalah walaupun bilangan
              kenderaan yang menggunakan lebuh raya pada hari ini memang amat luar biasa. Datuk dan
              nenek menyambut kepulangan kami dengan gembira kerana berpeluang untuk merayakan hari
              raya bersama-sama pada tahun ini.

                 Tip
                 Tip
                   Catat peristiwa atau kejadian yang berlaku mengikut urutan.
                   Sertakan hari, haribulan, tahun, dan diikuti waktu kejadian untuk catatan sehari.
                   Untuk  catatan  beberapa  hari,  sertakan  hari,  haribulan,  dan  tahun.  Waktu  kejadian  dinyatakan
                   apabila perlu sahaja.
                   Gunakan bahasa yang mudah, padat, dan gramatis serta peribahasa yang sesuai.



                                                          41                         © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






      Bahagian C.indd   41                                                                            7/17/20   4:42 PM
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23