Page 23 - Praktis Pintar KSSR 2022 Tahun 5 - Penulisan
P. 23

Penulisan  Tahun 5  Bahagian C

                Praktis      1


           Kamu ditugaskan untuk menemu ramah Tokoh Murid sekolah kamu.
           Lengkapkan temu ramah di bawah ini selengkapnya.


             Pada waktu malam, saya belajar mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh ibu saya. Saya
             juga memberikan tumpuan terhadap ajaran guru di kelas. Selain itu, saya turut mengamalkan
             perbincangan secara berkumpulan selepas waktu pembelajaran tamat untuk mendapatkan
             lebih kefahaman tentang sesuatu topik.


             Tentulah ibu bapa saya, guru-guru, dan rakan-rakan yang memberikan dorongan kepada
             saya. Saya amat berterima kasih kepada mereka kerana tidak jemu-jemu memberikan
             semangat dan mendoakan kejayaan saya. Saya berharap akan dapat membalas jasa
             mereka kelak.



             Saya berasa sungguh terkejut kerana tidak menyangka akan menerima anugerah ini. Pada
             masa yang sama, saya gembira. Saya juga bersyukur dan berterima kasih kepada pihak
             sekolah kerana memilih saya.


             Selain bidang akademik, saya turut menumpukan perhatian terhadap bidang kokurikulum.
             Saya pernah dinobatkan sebagai olahragawati sekolah dan memenangi pertandingan pada
             peringkat daerah seperti johan pertandingan syarahan dan naib johan kuiz sejarah. Pada
             pendapat saya, kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum haruslah seiring.


           Saya, Fateha binti Sulaiman telah menemu ramah Tokoh Murid Sekolah Kebangsaan Seri Medan,
           iaitu Amelya binti Azlan semalam. Temu ramah ini telah diadakan di dewan sekolah.
           Fateha  :  Selamat pagi, Amelya.
           Amelya  :  Selamat pagi.

           Fateha  :  Tahniah saya ucapkan kepada saudari kerana diumumkan sebagai Tokoh Murid sekolah
                     kita pada tahun ini.

           Amelya  :  Terima kasih.
           Fateha  :  Apakah perasaan saudari apabila diumumkan sebagai penerima anugerah tersebut?

           Amelya  :














           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               46






      Bahagian C.indd   46                                                                            7/17/20   4:42 PM
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28