Page 22 - Praktis Pintar KSSR 2022 Tahun 5 - Penulisan
P. 22

Penulisan  Tahun 5  Bahagian C


                           Dialog / Temu Ramah / Wawancara





                  Model Soalan dan Jawapan


              Guru  kamu  meminta  kamu  menulis  karangan  tentang  kesan-kesan  buruk  vandalisme.  Kamu
              mengajak rakan kamu berbincang tentang perkara itu.
              Tulis perbualan tersebut selengkapnya.
              Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.


              Petang semalam, saya ke rumah Faizal untuk mengajaknya berbincang tentang tajuk karangan
              yang diberikan oleh Cikgu Amran. Tajuk karangan itu ialah kesan-kesan buruk vandalisme.

              Asyraf :  Faizal, mari kita berbincang tentang tajuk karangan yang diberikan oleh Cikgu Amran
                      pagi tadi.
              Faizal  :  Bagus  juga.  Kemudahan  awam  disediakan  oleh  kerajaan  dan  pihak  swasta  untuk
                      kegunaan orang ramai. Akibat tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap
                      kemudahan awam, pelbagai masalah telah wujud.
              Asyraf :  Misalnya,  kita  sering  melihat  telefon  awam  telah  diconteng  dan  dirosakkan.  Gagang
                      telefon  dicabut,  manakala  peti  syilingnya  disumbat  dengan  pelbagai  objek.  Apabila
                      berlaku kecemasan atau malapetaka seperti kemalangan dan kebakaran, mangsa sukar
                      untuk menghubungi pihak yang berkenaan bagi meminta bantuan. Akibatnya, nyawa
                      terkorban dan harta benda musnah.
              Faizal  :  Selain itu, peralatan di taman permainan kanak-kanak juga menjadi mangsa vandalisme.
                      Jika kanak-kanak bermain alat permainan yang rosak, sudah tentu akan membahayakan
                      keselamatan mereka. Mereka bukan sahaja terjatuh, malahan berisiko untuk mendapat
                      kecederaan.
              Asyraf :  Sesetengah tandas awam diconteng dengan perkataan dan gambar yang tidak baik dan
                      dirosakkan. Hal ini memberikan gambaran buruk tentang peradaban masyarakat kita,
                      terutama  kepada  pelancong  asing.  Malahan,  kerajaan  terpaksa  mengeluarkan  wang
                      yang banyak untuk membaiki tandas-tandas awam tersebut.
              Asyraf :  Masalah  ini  sebenarnya  dapat  diselesaikan  sekiranya  setiap  individu  menyedari  hak
                      pengguna  kemudahan  awam  yang lain. Masyarakat juga  patut  melaporkan kegiatan
                      vandalisme yang dilihat kepada pihak berkuasa agar pihak yang bersalah dikenakan
                      hukuman.  Hal  ini  akan  menjadi  pengajaran  kepada  orang  lain  agar  tidak  melakukan
                      perbuatan tersebut.
              Faizal  :  Sekarang bolehlah kita mula menulis karangan ini.
              Asyraf :  Terima kasih, Faizal kerana sudi berbincang dengan saya tentang tajuk ini.
              Faizal  :  Sama-sama.
                                                                      Tip
                                                                      Tip
                                                                     Wujudkan  suasana  dialog  seperti  sesi
                                                                     perbualan yang sebenar.


                                                          45                         © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






      Bahagian C.indd   45                                                                            7/17/20   4:42 PM
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27