Page 19 - PBD Plus BM T3 (EG)
P. 19

Bahasa Melayu  Tingkatan 3  Tema 10
             Kemahiran Membaca


       SP 2.1.1 Membaca dan memahami laras bahasa sesuatu laporan dan berita dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan yang wajar.

      Baca berita di bawah dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan yang
      wajar.


          KUALA LUMPUR,  5 Januari – Institut Penyelidikan  dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
          membangunkan pakej teknologi pertanian tepat yang dapat membantu industri padi negara.
              Pertanian tepat bermaksud  teknologi berasaskan maklumat dalam sistem pengurusan pertanian yang
          menggabungkan amalan pertanian yang sesuai bagi mengurus kebolehubahan di ladang untuk memastikan
          keuntungan yang maksimum dan meningkatkan produktiviti serta pengeluaran pertanian mampan. Teknologi
          yang dihasilkan itu berupaya untuk mengurangkan kos input dan kos operasi di samping mengekalkan hasil
          yang tinggi. Di samping itu, penggunaan teknologi di kawasan estet padi berskala besar dijangka mampu
          menarik  golongan petani  muda yang selama  ini menjadi  punca kekurangan tenaga  kerja mahir dalam
          kalangan  golongan  muda  yang  tidak  berminat  dalam  sektor  penanaman  padi.  Mekanisasi  dan  automasi
          pelbagai peringkat dalam teknologi ini juga dapat mengurangkan penggunaan tenaga buruh dengan jangkaan
          faedah melalui keuntungan yang optimum oleh sebab pengurangan input ladang dan penjimatan kos operasi
          selain mesra alam.
              Dalam pakej pertanian tepat ini, terdapat tiga teknologi yang dibangunkan, iaitu sistem penentuan indeks
          perataan tanah secara automatik, sistem penaburan benih secara kadar boleh ubah, dan sistem pembajaan
          kadar boleh ubah.
              Menurut Dr. Badril  Abu Bakar, Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Penyelidikan  dan Kejuruteraan
          MARDI, pengurusan variabiliti kerataan tanah amat penting dalam bidang pertanian tepat kerana penyediaan
          tanah sawah sebelum proses menabur benih merupakan  perkara yang amat  kritikal  dan langkah pertama
          dalam proses penanaman padi. Kawasan tanah sawah yang tidak rata menyebabkan masalah pengairan serta
          dapat menjejaskan pertumbuhan tanaman dan hasilnya.
              Tambah Dr. Badril, “Kelebihan pakej teknologi pertanian tepat ini membolehkan perataan tanah yang
          cekap dan penaburan benih menggunakan mesin secara kadar boleh ubah bagi memastikan penapakan pokok
          padi yang baik dan seragam. Sistem pembajaan secara kadar boleh ubah dapat menjimatkan penggunaan baja
          antara 15 hingga 25 peratus sehektar, manakala aktiviti penaburan benih dan pembajaan melalui teknologi
          sama mampu mengurangkan tenaga buruh sehingga 50 peratus”.









        AKTIVITI PAK-21                                                                 Meja Mengikut Pusingan

             Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
             Setiap kumpulan akan diberikan tugasan yang berbeza atau sama, bergantung pada keperluan guru.
             Murid diminta untuk berbincang dalam kumpulan masing-masing dan seterusnya menulis jawapan
             mereka pada kertas mahjung.
             Semua kumpulan dikehendaki supaya menampalkan kertas mahjung mereka agar mudah dilihat.
             Seorang murid akan dilantik daripada setiap kumpulan dan murid ini akan berperanan untuk
             memberikan penerangan terhadap hasil kerja kumpulannya.
             Setiap kumpulan kemudiannya akan bergerak dan melihat hasil kumpulan lain. Guru haruslah
             memastikan wujudnya perkongsian / sesi soal jawab antara wakil kumpulan dengan kumpulan yang
             melawat.





                                                                                               Modul Pembelajaran
                                                                                               Abad Ke-21


      © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.                     38           TAHAP PENGUASAAN  1  2  3   4   5   6






  10M PBD PLUS BMELAYU TG3.indd   38                                                                       11/11/2022   7:38 AM
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24