Page 20 - PBD Plus BM T3 (EG)
P. 20
Bahasa Melayu Tingkatan 3 Tema 10
Kemahiran Menulis
SP 3.2.1 Menulis untuk mengemukakan pendapat yang rasional tentang sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton menggunakan ayat yang gramatis.
Baca dan fahami maklumat di bawah. Kemudian, kemukakan pendapat anda berdasarkan maklumat
tersebut. KBAT Menganalisis
E-Panggilan Memudahkan Urusan Hidup
Makanan dan barangan Menjimatkan
Pengangkutan Mudah dan pantas
lain perbelanjaan
Perkhidmatan e-panggilan di Malaysia mula wujud sejak beberapa tahun lalu. Perkhidmatan ini kian berkembang
sejajar dengan keadaan kehidupan manusia masa ini, khususnya semenjak pandemik COVID-19 melanda
negara kita. Hal ini demikian kerana e-panggilan memudahkan urusan kehidupan seharian kita dan
mengurangkan risiko penyebaran virus tersebut.
Penggunaan aplikasi e-panggilan bagi mendapatkan pengangkutan atas pelbagai urusan memudahkan
seseorang yang menghadapi masalah kenderaan untuk pergi ke sesuatu destinasi tertentu. Pelanggan hanya
perlu menempah kenderaan dengan menyatakan tempat dia berada pada masa itu dan tempat yang ingin
ditujunya dalam aplikasi tersebut. Pemandu kenderaan e-panggilan akan mengambilnya dalam beberapa minit
dan menghantarnya ke destinasi tersebut.
Selain itu, orang ramai boleh memesan makanan dan barangan lain, seperti barangan keperluan dapur,
pakaian, dan lain-lain melalui pelbagai aplikasi e-panggilan yang terdapat di pasaran tanpa perlu keluar dari
rumah. Mereka tidak perlu bersesak-sesak dan beratur di restoran dan pasar raya kerana makanan dan barangan
yang dibeli akan dihantar terus ke rumah mereka oleh penghantar syarikat e-panggilan tersebut.
Perkhidmatan e-panggilan memberi manfaat kepada pelanggan kerana menjadikan urusan mereka mudah
dan pantas. Melalui telefon dan capaian Internet, perkhidmatan e-panggilan dapat digunakan serta-merta
dengan cepat dan tanpa masalah yang memeningkan kepala, seperti perlu keluar dari rumah dan mencari
tempat untuk meletak kenderaan, dan sebagainya. Pada masa yang sama, pelanggan dapat meluangkan lebih
masa bersama keluarga di rumah.
Akhir sekali, perkhidmatan e-panggilan sudah pasti menjimatkan perbelanjaan pelanggannya. Pelbagai
aplikasi e-panggilan yang menawarkan penjualan pelbagai jenis produk dan promosi membolehkan pelanggan
membuat pilihan untuk membeli produk yang menawarkan harga yang lebih murah dan menjimatkan kos.
Pelanggan juga tidak perlu mengeluarkan wang untuk membeli minyak kereta kerana hanya perlu mengklik
butang yang disediakan untuk mendapatkan produk yang dikehendaki. Segalanya di hujung jari.
TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 39 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
10M PBD PLUS BMELAYU TG3.indd 39 11/11/2022 7:38 AM

