Page 7 - Sukses Model Karangan 2022 SPM
P. 7

Bahasa Melayu  SPM  Panduan Umum

                                      Bahagian B   Karangan Esei



                      Panduan Menulis Karangan Esei

                  1.  Dalam Bahagian B dikemukakan  4 soalan mencakupi semua standard
                     kandungan dan standard pembelajaran yang terdapat dalam Dokumen Standard
                     Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM. Anda dikehendaki untuk menjawab
                     satu soalan sahaja.
                  2.  Setiap soalan diberikan pernyataan dan arahan soalan berdasarkan domain-
                     domain tertentu, seperti domain awam, domain peribadi, domain kerjaya, dan
                     domain pendidikan. Murid harus memilih satu pernyataan berdasarkan domain
                     tersebut dan menulis karangan berpandukan arahan soalan.

                  3.  Untuk Bahagian B, markah yang diperuntukkan ialah 70 markah.
                  4.  Panjang karangan hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.

                  5.  Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 1 jam 20 minit.
                  6.  Pada umumnya, terdapat dua bentuk karangan esei, iaitu:

                              Karangan Berformat                Karangan Tidak Berformat

                      •  Surat kiriman rasmi                •  Pendapat / Perbincangan / Ulasan
                      •  Surat kiriman tidak rasmi          •  Fakta
                      •  Laporan                            •  Peribahasa / Cogan kata
                      •  Wawancara / Dialog
                      •  Berita / Rencana
                      •  Wawancara
                      •  Perbahasan
                      •  Syarahan / Ceramah / Pidato / Ucapan


                  7.  Setiap jenis karangan yang tergolong dalam bentuk karangan berformat
                     mempunyai  format yang  berbeza-beza  yang harus anda  patuhi.  Kegagalan
                     anda menulis karangan berdasarkan format boleh menyebabkan markah anda
                     dipotong.

                  8.  Bentuk karangan tidak berformat pula ialah karangan  yang tidak mempunyai
                     format tertentu yang harus anda patuhi. Namun begitu, karangan yang ditulis
                     haruslah mempunyai perenggan pendahuluan, isi-isi penting, dan penutup.
                     Ketiga-tiga komponen ini haruslah mempunyai kesinambungan dari segi idea
                     dan isi yang dikemukakan.






                                                                                            3




       0ii Panduan KM SPM.indd   3                                                        15/03/2021   2:46 PM
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12