Page 9 - Sukses Model Karangan 2022 SPM
P. 9

Bahasa Melayu  SPM  Panduan Umum
                   Menulis Pendahuluan

                  1.  Pendahuluan hendaklah ditulis dalam satu perenggan sahaja dan lazimnya
                     pendahuluan tidak perlu panjang, memadailah  empat hingga enam ayat
                     sahaja. Walau bagaimanapun, setiap pendahuluan harus mengandungi tiga
                     komponen utama, iaitu huraian yang jelas tentang tajuk, mengemukakan isu
                     utama, dan membuat penjelasan.
                  2.  Pendahuluan yang baik ialah pendahuluan yang dapat menarik perhatian
                     pembaca atau pemeriksa untuk terus membaca keseluruhan karangan.

                  3.  Pada  umumnya, terdapat  beberapa  teknik  ketika  menulis  pendahuluan,
                     antaranya
                     (a)  teknik definisi
                     (b)  teknik latar belakang
                     (c)  teknik gambaran
                     (d)  teknik rujukan sumber
                     (e)  teknik perihalan peristiwa


                   Menulis Isi Karangan
                  1.  Anda dicadangkan menulis  lima atau enam isi. Setiap isi ini hendaklah
                     dikembangkan dalam perenggan-perenggan isi. Setiap perenggan harus
                     mengandungi satu isi penting sahaja.
                  2.  Setiap perenggan isi hendaklah mempunyai:
                     (a)  huraian lanjut yang mungkin berupa ulasan, maklumat tambahan, dan
                        sokongan bagi menjelaskan isi penting tadi
                     (b)  contoh sebagai bukti konkrit untuk memperkukuh isi penting dan huraian
                        isi karangan anda
                  3.  Lihat contoh kaedah menulis perenggan isi:

                             Isi                               Huraian
                            Apa             Bagaimana          Mengapa         Lanjutannya
                      Nyatakan isi yang   Jelaskan nama    Jelaskan tujuan   Nyatakan
                      tepat.            kempen dan         kempen tersebut   kesan / harapan
                      Contohnya:        cara kempen        diadakan.         daripada kempen
                      Kempen ...............  dijalankan.                    tersebut.


                   Menulis Perenggan Penutup
                  1.  Perenggan penutup berisi kesimpulan atau rumusan tentang isi-isi yang telah
                     dibincangkan di samping pendirian anda berhubung dengan soalan atau tajuk
                     karangan.
                  2.  Kesimpulan dalam perenggan penutup mestilah bersifat umum tetapi padat.



                                                                                            5




       0ii Panduan KM SPM.indd   5                                                        15/03/2021   2:46 PM
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14