Page 8 - Sukses Model Karangan 2022 SPM
P. 8
Bahasa Melayu SPM Panduan Umum
Panduan Memulakan Karangan
Memilih Tajuk
1. Anda hendaklah memilih domain dan soalan yang bersesuaian dengan
pengetahuan, pemahaman, dan keupayaan anda untuk menulis karangan itu
dengan padat, tepat, dan bernas.
2. Selain itu, anda juga haruslah benar-benar memahami kehendak soalan sebelum
membuat keputusan memilih sesuatu tajuk atau soalan.
3. Bagi menepati kehendak soalan, anda perlu membuat analisis soalan. Perhatikan
contoh dan analisis soalan yang berikut:
Contoh Soalan: Domain Awam
Kebanjiran pendatang asing di negara kita meresahkan penduduk
tempatan. Mereka tanpa rasa takut mewujudkan koloni mereka seperti
kita berada di Dhaka, Bangladesh atau di Jakarta, Indonesia. Mereka
menjadikan kawasan tempat tinggal mereka seperti tanah air mereka
sendiri dengan mengabaikan aspek kebersihan, menguasai perniagaan
dan memonopoli kawasan tersebut.
Sumber : Internet
Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti
pendatang asing di negara kita dan sikap buruk mereka.
Bincangkan punca-punca keadaan di atas berlaku dan langkah-langkah
untuk menanganinya.
Analisis Soalan
Tugasan 1: Menghuraikan punca-punca aktiviti pendatang asing di negara
kita menimbulkan keresahan masyarakat.
Tugasan 2: Langkah-langkah untuk menangani masalah tersebut.
4. Elakkan soalan-soalan yang anda tidak pasti tentang formatnya, kurang arif
akan isi dan laras bahasanya, serta kurang yakin akan gaya penyampaiannya.
Menyediakan Rangka Karangan
1. Tiga komponen penting dalam rangka karangan ialah pendahuluan, isi-isi, dan
penutup.
2. Anda perlu menulis lima hingga enam isi dalam setiap karangan, tidak termasuk
satu perenggan pendahuluan dan satu perenggan lain bagi penutup.
3. Isi yang ditulis hendaklah disusun mengikut keutamaannya, iaitu isi yang
penting hendaklah didahulukan.
4
0ii Panduan KM SPM.indd 4 15/03/2021 2:46 PM

