Page 20 - Focus SPM 2022 Tingkatan 4&5 - Sains
P. 20
Sains SPM Bab 12 Tenaga Nuklear
Cuba Ini! 12.3
S1 Nyatakan impak penggunaan senjata nuklear oleh Amerika Syarikat ke atas Jepun semasa Perang Dunia
Kedua.
S2 Nyatakan kesan buruk ujian nuklear terhadap persekitaran.
S3 Nyatakan kesan pendedahan sinaran radioaktif terhadap manusia.
12.4 Tenaga Nuklear di Malaysia
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
T
i
n
g
k
Kewajaran Pembinaan Stesen Jana Kuasa Nuklear di Malaysia
a
t
a
n
4 1. Sehingga ke hari ini, isu tenaga nuklear sangat kontroversi. Ramai orang menyokong pembinaan stesen
tenaga nuklear bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga sumber asli seperti petroleum.
2. Namun begitu, ramai juga yang tidak bersetuju kerana sisa radioaktif adalah berbahaya kepada manusia
dan hidupan lain.
3. Jadual 12.2 menerangkan hujah-hujah yang menyokong dan menentang pembinaan stesen jana kuasa
nuklear.
Jadual 12.2 Hujah-hujah yang menyokong dan menentang pembinaan stesen jana kuasa
Hujah yang menyokong pembinaan stesen Hujah yang menentang pembinaan stesen
jana kuasa nuklear jana kuasa nuklear
Bahan api fosil semakin berkurang tetapi keperluan Kita perlu mengamalkan amalan jimat tenaga.
tenaga elektrik semakin meningkat. Stesen tenaga Penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan
nuklear baharu dapat mengatasi krisis tenaga pada akan menyebabkan pencemaran terma akibat
masa hadapan. pembebasan haba yang ke persekitaran. Selain itu,
penggunaan tenaga alternatif lain seperti tenaga
suria, kuasa angin dan hidroelektrik adalah lebih
selamat.
Stesen jana kuasa nuklear dapat membekalkan Kos pembinaan reaktor, pengurusan sisa radioaktif
tenaga elektrik yang lebih murah dan banyak dan kos untuk langkah-langkah keselamatan serta
berbanding dengan cara lain. pekerja berkemahiran adalah tinggi.
Penghasilan sinaran berbahaya adalah pada aras Stesen jana kuasa nuklear menghasilkan sisa
minimum dan tidak berbahaya terhadap hidupan radioaktif yang berbahaya. Sisa radioaktif
berbanding dengan pembakaran arang batu yang mempunyai hayat yang panjang dan mencemarkan
mengeluarkan lebih banyak sinaran berbahaya ke alam sekitar dan semua benda hidup.
atmosfera kerana arang batu merupakan bahan
radioaktif asli.
Stesen tenaga nuklear tidak mengeluarkan bahan Gas-gas berasid dapat ditapis melalui penapis
pencemar udara berbanding stesen tenaga terma. udara yang dipasang pada cerobong kilang.
Pembakaran bahan api fosil di stesen tenaga terma Kesan terhadap alam sekitar daripada sinaran
mengeluarkan banyak bahan pencemar. Gas- radioaktif dan sisa radioaktif merupakan kesan
gas berasid mengakibatkan hujan asid. Karbon jangka panjang.
dioksida menyebabkan masalah rumah hijau.
Perkembangan teknologi dan hasil kajian Jika berlaku sebarang kemalangan atau kecuaian,
membolehkan sisa bahan radioaktif diurus dan sisa radioaktif boleh tersebar melalui udara ke
disimpan dengan selamat. persekitaran dan sampai kepada manusia.
188

