Page 16 - Focus SPM 2022 Tingkatan 4&5 - Sains
P. 16
Sains SPM Bab 12 Tenaga Nuklear
4. Deuterium dan tritium ialah nukleus yang ringan dan kecil yang dicantumkan untuk membentuk
nukleus yang lebih besar yang tidak stabil. Nukleus ini akan terurai menjadi satu nukleus helium dan
satu nukleus neutron (Rajah 12.4).
5. Tenaga nuklear yang dibebaskan daripada pelakuran nukleus adalah lebih banyak berbanding dengan
pembelahan nukleus.
6. Matahari dan bintang membebaskan tenaga melalui tindak balas pelakuran nukleus.
7. Suhu yang amat tinggi di Matahari menyebabkan isotop hidrogen yang ringan bergerak dengan kelajuan
yang tinggi. Hal ini membenarkan dua nukleus hidrogen untuk mengatasi daya tolakan antara mereka
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
dan berlanggar lalu bergabung untuk menghasilkan nukleus yang lebih berat.
T
i
n
g
Penjanaan Tenaga Elektrik daripada Tenaga Nuklear
k
a
t
1. Penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuklear dapat dilakukan oleh reaktor nuklear (Rajah 12.5).
a
n
4 2. Reaktor nuklear direka bentuk untuk membenarkan pembelahan nukleus berlaku secara berterusan
pada suatu kadar yang seragam dalam keadaan terkawal. Reaktor nuklear dapat menghasilkan tenaga
nuklear secara besar-besaran.
Gas panas
Perisai konkrit Turbin Penjana elektrik
Stim
panas
Rod pengawal
boron
Menara
Moderator penyejukan
grafit
Air panas
Rod bahan Air sejuk
api uranium
Gas sejuk Air sejuk
Kondenser Pam
Pam
Reaktor nuklear
Rajah 12.5 Stesen jana kuasa tenaga nuklear
3. Jadual 12.1 menunjukkan fungsi setiap komponen dalam stesen jana kuasa tenaga nuklear.
Jadual 12.1 Fungsi setiap komponen dalam stesen jana kuasa nuklear
Komponen Fungsi
Perisai konkrit Mencegah kebocoran sinaran radioaktif daripada teras reaktor
Rod pengawal boron Menyerap neutron yang berlebihan. Apabila rod pengawal diturunkan ke dalam
teras reaktor untuk menyerap neutron, kadar tindak balas pembelahan dikurangkan.
Moderator grafit Memperlahankan neutron laju yang dihasilkan oleh tindak balas pembelahan.
Neutron yang bergerak dengan laju sederhana lebih mudah ditawan oleh nukleus
uranium.
Rod bahan api Nukleus dibelah oleh neutron dalam tindak balas berantai terkawal. Suatu kuantiti
uranium tenaga yang besar dibebaskan. Tenaga ini diguna untuk memanaskan gas sejuk
yang melalui teras reaktor.
Kondenser Menyejuk dan mengkondensasikan stim menjadi air.
Turbin Diputar oleh pengaliran stim bertekanan tinggi
Penjana elektrik Magnet di dalam penjana diputar oleh turbin. Elektrik dijana dalam gegelung dengan
aruhan elektromagnet.
184

