Page 15 - Focus SPM 2022 Tingkatan 4&5 - Sains
P. 15

Sains SPM  Bab 12  Tenaga Nuklear

                 12.2    Penghasilan Tenaga Nuklear


                  1.  Tenaga yang dibebaskan semasa tindak balas di dalam nukleus atom dikenal sebagai tenaga nuklear.
                  2.  Dua tindak alas nuklear yang membebaskan jumlah tenaga yang besar adalah pembelahan nukleus
                     dan pelakuran nukleus.
                Pembelahan Nukleus
                  1.  Pembelahan nukleus ialah proses pemecahan suatu nukleus radioaktif yang berat, seperti uranium-235   T
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                     menjadi  dua atau lebih  nukleus baharu yang lebih  ringan dan lebih  stabil  bersama-sama  dengan   i
                                                                                                              n
                     pembebasan tenaga nuklear.                                                               g
                                                                                                              k
                                                                                                              a
                                                                                                              t
                                                                     Uranium terbelah menjadi                 a
                                                                                                              n
                                                                       dua nukleus baharu                    4
                                                                      bersama-sama dengan
                                                                       pembebasan tenaga
                                                             Tindak balas
                                                             pembelahan
                                                              berlaku


                               Neutron  Neutron
                               membedil                                    Tenaga
                              uranium-235
                                               Uranium-235





                                             Rajah 12.3  Pembelahan nukleus uranium-235

                  2.  Tindak  balas  pembelahan  nukleus  menghasilkan  dua  atau  tiga  neutron  baharu.  Neutron  ini  boleh
                     membedil nukleus uranium yang lain dan menyebabkan nukleus itu terbelah untuk menghasilkan lebih
                     banyak neutron.
                  3.  Pembelahan yang berterusan akan berlaku jika sekurang-kurangnya satu neutron membelah nukleus
                     uranium yang lain. Hal ini memulakan tindak balas berantai yang mana pembelahan nukleus merebak
                     ke seluruh jisim uranium itu.
                  4.  Pembelahan nuklear yang tidak terkawal akan menghasilkan satu tindak balas berantai. Letupan bom
                     atom ialah contoh tindak balas nukleus berantai yang tidak terkawal.
                Pelakuran Nukleus                                          Deuterium                Helium
                  1.  Cara lain yang digunakan untuk menghasilkan tenaga
                     nuklear ialah melalui proses pelakuran nukleus.
                  2.  Pelakuran  nukleus  ialah  satu  proses  percantuman atau
                     penggabungan dua nukleus radioaktif yang ringan                               Tenaga
                     membentuk satu nukleus yang lebih berat disertai dengan
                     pembebasan tenaga.                                                 Pelakuran
                  3.  Deuterium ialah isotop hidrogen, dengan satu proton dan
                     satu neutron.  Tritium  juga ialah isotop hidrogen, tetapi   Tritium           Neutron
                     dengan satu proton dan dua neutron.                   Rajah 12.4  Pelakuran dua isotop hidrogen


                                                                                                     183
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20