Page 27 - Focus SPM 2022 Tingkatan 4&5 - Sains
P. 27

Sains SPM  Bab 7  Cahaya dan Optik

                      Aktiviti 7.1

                  Tujuan:  Menunjukkan kanta cembung sebagai kanta penumpu dan kanta cekung sebagai kanta pencapah dan
                  menentukan titik fokus, F bagi kedua-dua jenis kanta.
                  Radas:  Kit sinar optik (kotak sinar, plat lima celah, bekalan kuasa, satu kanta silinder cembung dan satu kanta
                  silinder cekung dengan ketebalan yang sama), kertas putih, pensel, pembaris
                  Prosedur:
                    1.  Radas disediakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.6.
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                                                         Plat lima celah

                                                                Kanta silinder
                                                                cembung






                                                    Rajah 7.6  Susunan radas
                    2.  Cahaya dari kotak sinar ditujukan melalui plat lima celah kepada kanta silinder cembung.
                    3.  Lintasan cahaya yang melalui kanta silinder cembung diperhatikan dan ditanda di atas kertas putih.
                    4.  Titik fokus, F kanta cembung tersebut dikenal pasti.
                    5.  Langkah 2 hingga 4 diulangi menggunakan kanta silinder cekung (Rajah 7.7).
                                                        Plat lima celah

                                              Kotak sinar            Kanta silinder
                                                                     cekung






                                                    Rajah 7.7  Susunan radas
                  Pemerhatian:
                                      Plat lima celah                     Plat lima celah
                            Kotak sinar      Kanta silinder     Kotak sinar            Kanta silinder         T
                                                                                                              i
                                             cembung                                   cekung                 g
                                                                                                              n
                                                                                                              k
                                                  F                                                           a
                                                                                                              t
                                                                         F                                    a
                                                Titik
                                                                                                              n
                                                fokus                                                        5
                  Perbincangan:
                    1.  Kanta cembung menumpukan sinar cahaya selari ke titik fokus, F.
                    2.  Kanta cekung mencapahkan sinar cahaya selari dari titik fokus, F.
                  Kesimpulan:
                    1.  Kanta cembung adalah kanta penumpu.
                    2.  Kanta cekung adalah kanta pencapah.




                                                                                                     341
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32