Page 30 - Focus SPM 2022 Tingkatan 4&5 - Sains
P. 30
Sains SPM Bab 7 Cahaya dan Optik
4. Langkah-langkah melukis gambar rajah sinar.
(a) Kanta cembung
Langkah 1
Lukis satu garis mengufuk yang mewakili paksi Paksi
utama melalui bahagian tengah kanta cembung. utama
Tandakan kedudukan titik fokus, F dan 2F pada 2F F F 2F
kedua-dua belah kanta pada paksi utama.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Langkah 2
Lukis satu anak panah tegak yang mewakili objek
di sebelah kiri paksi utama.
Objek 2F F F 2F
Langkah 3
Lukis lintasan cahaya daripada hujung objek 2
dengan mengikut peraturan pembinaan gambar
rajah sinar: 1
• Sinar yang melalui pusat optik bergerak
mengikut satu garis lurus tanpa dibiaskan. Objek 2F F F 2F
• Sinar yang selari dengan paksi utama akan
terbias ke titik fokus F selepas melalui kanta.
Langkah 4 2
Titik persilangan dua sinar tersebut ialah
kedudukan imej yang dibentuk oleh kanta 1
cembung. Lukis satu anak panah yang tersongsang Objek 2F F F Imej 2F
daripada paksi utama ke titik persilangan untuk u v
mewakili imej yang terbentuk.
u = jarak objek (jarak di antara objek dan kanta)
v = jarak imej (jarak di antara imej dan kanta)
(b) Kanta cekung
T
i
n
1. Langkah 1 dan 2 di (a) diulang menggunakan kanta cekung.
g
k
2. Lukis lintasan cahaya daripada hujung objek mengikut peraturan pembinaan gambar rajah sinar:
a
t
• Sinar yang melalui pusat optik bergerak mengikut satu garis lurus tanpa dibiaskan.
a
n
5 • Sinar yang selari dengan paksi utama seolah-olah mencapah daripada titik fokus F di
sebelah kiri kanta selepas melalui kanta.
3. Titik persilangan dua sinar tersebut ialah kedudukan imej yang dibentuk oleh kanta cekung.
Lukis satu anak panah tegak dengan garis putus-putus dari paksi utama ke titik persilangan
untuk mewakili imej yang terbentuk.
2
1
Objek 2F F Imej F 2F
344
07 TG5 FOK SAINS SPM.indd 344 05/07/2021 2:09 PM

