Page 28 - Focus SPM 2022 Tingkatan 4&5 - Sains
P. 28

Sains SPM  Bab 7  Cahaya dan Optik

              Panjang Fokus Kanta Cembung                                             Pusat optik, O
                1.  Panjang  fokus,  f  bagi  kanta  cembung  ialah                         Titik fokus, F
                  jarak  di  antara  pusat  optik,  O  dan  titik
                  fokus, F.                                        Sinar-sinar
                                                                   cahaya selari
                2.  Panjang fokus kanta cembung bergantung
                  kepada ketebalan sesuatu kanta.                                        f
                3.  Kanta  cembung yang tebal  mempunyai                             Panjang fokus
                  panjang  fokus yang pendek,  manakala  kanta       Rajah 7.8  Panjang fokus kanta cembung
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                  cembung  yang nipis mempunyai  panjang        4.  Panjang fokus sesuatu kanta cembung dapat
                  fokus yang panjang.                             ditentukan melalui aktiviti di dalam makmal.

                     Aktiviti 7.2


                Tujuan:  Menentukan panjang fokus bagi suatu kanta cembung menggunakan objek jauh.
                Radas:  Kanta cembung yang berlainan ketebalan, pemegang kanta, skrin, pembaris meter
                Prosedur:

                                                          Tingkap
                                    Objek jauh
                                                             Kanta cembung
                                                                              Skrin



                                                              Panjang
                                                              fokus (f )
                                        Rajah 7.9  Menentukan panjang fokus kanta cembung
                  1.  Kanta cembung berlabel P yang terletak pada pemegang kanta dihalakan ke objek di luar tingkap. Skrin
                    di belakang kanta dilaraskan sehingga suatu imej yang tajam terbentuk padanya.
                  2.  Panjang fokus, iaitu jarak di antara pusat optik dan skrin diukur dengan pembaris dan nilainya dicatatkan.
                  3.  Langkah 1 dan 2 diulang dengan kanta berlabel Q dan R.
                Keputusan:
                                     Kanta     Ketebalan kanta   Panjang fokus, f (cm)

                                       P         Paling nipis            30
          T
          i
                                       Q         Sederhana               20
          n
          g
          k
                                       R         Paling tebal            10
          a
          t
          a
                Perbincangan:
          n
          5       1.  Sinar cahaya yang selari daripada objek jauh akan menumpu pada titik fokus selepas melalui kanta
                    cembung. Oleh itu, panjang fokus kanta dapat ditentukan dengan mengukur jarak antara pusat optik
                    dengan skrin.
                  2.  Daripada keputusan yang diperoleh, didapati bahawa apabila ketebalan kanta bertambah, panjang
                    fokusnya berkurang. Hal ini menunjukkan bahawa kanta yang tebal mempunyai panjang fokus yang
                    pendek dan sebaliknya.
                Kesimpulan:
                Kanta cembung yang tebal mempunyai panjang fokus yang pendek manakala kanta cembung yang nipis
                mempunyai panjang fokus yang panjang.


                 342
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33