Page 31 - PBD Plus PJPK T3 (EG)
P. 31
PJPK Tingkatan 3 Unit 5
SP 1.7.4 Melakukan kemahiran larian tapak (base running) berdasarkan situasi permainan
SP 2.7.4 Memerihal perbezaan antara lakuan larian ke tapak pertama dengan larian antara tapak
4. Gambar rajah berikut menunjukkan kawasan permainan sofbol.
2
3 1
Home plate
Lengkapkan cara melakukan larian ke tapak pertama dan ke tapak yang lain. TP 2
(a) Kumpulan memukul akan meletak seorang pelari di tapak 1, tapak 2 dan tapak 3.
(b) Permainan bermula setelah pemukul memukul bola yang berada di atas tee.
(c) Semua pelari di tapak akan berlari untuk mendapatkan larian .
(d) Satu mata akan diberi kepada pelari yang tiba ke tapak terakhir (home plate) dengan selamat.
5. Jelaskan perbezaan antara larian tapak pertama dengan larian antara tapak. TP 3
• Larian tapak pertama hanya boleh dilakukan sekiranya pemain berjaya membuat pukulan atau
menampan bola.
• Larian antara tapak dilakukan oleh pemain yang berada pada tapak tersebut setelah rakan membuat
pukulan.
6. Bagaimanakah strategi yang boleh dilakukan supaya pasukan anda berjaya melakukan larian tapak secara
lengkap? TP 4 KBAT Menganalisis
• Pastikan pemukul membuat pukulan yang kuat dan jauh daripada kedudukan pemain memadang.
• Larian dibuat pada setiap tapak dan sekiranya permainan membenarkan, teruskan larian sebelum pemain
memadang mematikan bola.
Info
Sofbol: Pengertian, Sejarah,
Teknik, Peraturan & Lapangan
TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 49 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
05 PBD PLUS PJPK Tg3.indd 49 10/01/2023 4:09 PM

