Page 27 - PBD Plus PJPK T3 (EG)
P. 27

UNIT
                                                                                            Pendidikan Jasmani
             5              Permainan Kategori Memadang (Sofbol)










           Fokus Topik


             1.  Sofbol merupakan sejenis permainan antara
                pasukan memadang dengan pasukan memukul
                bertujuan mendapatkan larian yang banyak
                berbanding pasukan lawan berdasarkan tempoh
                yang ditetapkan.

             2.  Permainan besbol, kriket dan sofbol tergolong
                dalam kategori ini.

             3.  Matlamat permainan sofbol adalah untuk
                mendapatkan larian yang lebih banyak daripada
                pasukan  lawan  dengan  memukul  bola  ke
                dalam padang dan berlari mengelilingi tapak,                       Kemahiran memukul
                menyentuhnya mengikut turutan sehingga ke
                tapak terakhir (home plate).

           Excel-Cekap

             1.  Memadang merupakan kemahiran menangkap
                dan membaling bola yang dipukul.

             2.  Setiap pemadang perlu bersedia untuk bertindak
                terhadap pukulan bola pelbagai aras dan arah.
             3.  Kecekapan menangkap dan membaling bola
                kepada rakan membantu matlamat mematikan
                pemukul.                                                          Kemahiran menampan

                                                                Excel-Pantas

                                                                  1.  Larian tapak dilakukan sebaik sahaja pemain
                                                                    memukul atau menampan bola.
                                                                  2.  Pelari tapak boleh berlari ke tapak pertama atau
                                                                    meneruskan larian.
                                                                  3.  Pelari tapak dibenarkan berhenti di mana-mana
                                                                    tapak tetapi hanya seorang pelari dibenarkan
                                                                    berada di setiap tapak pada satu-satu masa.
                                                                Excel-Pitch


                           Menangkap bola paras dada              1.  Dilakukan oleh pelempar (pitcher) dari tengah
                                                                    padang.
           Excel-Hit
                                                                  2.  Lemparan yang baik, iaitu bola yang melalui tapak
             1.  Koordinasi  tangan  dan mata serta pemasaan        terakhir (home plate) dan pada paras ketinggian
                yang baik diperlukan dalam kemahiran memukul        lutut hingga ketiak pemukul.
                dan menampan bola.                                3.  Lemparan boleh dilakukan secara windmill atau
                                                                    slingshot.



                                                            45                            © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






   05 PBD PLUS PJPK Tg3.indd   45                                                                           10/01/2023   4:09 PM
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32