Page 16 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 16
Bahasa Melayu Penggal 1 STPM Bab 2 Fonologi
3 Contoh pengujaran konsonan letupan dua bibir tak bersuara [p]
(a) Udara dari paru-paru dipam ke pita suara.
(b) Pita suara tidak bergetar.
(c) Udara tiba di rongga tekak, lelangit lembut dinaikkan (untuk
menutup rongga hidung).
BAB (d) Udara kemudian terhalang, iaitu disekat dan dilepaskan
serta-merta pada bahagian bibir, maka terhasillah fonem [p],
2 contohnya perkataan para, dan lupa.
[p]
4 Contoh pengujaran konsonan letupan gigi – gusi bersuara [d]
‘15
(a) Udara dari paru-paru dipam ke pita suara.
(b) Pita suara bergetar.
(c) Udara tiba di rongga tekak, lelangit lembut dinaikkan (untuk
menutup rongga hidung).
(d) Udara kemudian terhalang, iaitu disekat dan dilepaskan serta-
merta pada bahagian hujung lidah dan gusi, maka terhasillah
fonem [d], contohnya perkataan dari, dan nada.
[d]
76
02[BM STPM P1].indd 76 3/20/18 8:55 AM

