Page 13 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 13
Bahasa Melayu Penggal 1 STPM Bab 2 Fonologi
Cara-cara Pengujaran Fonem Vokal Tengah
A Pengujaran vokal tengah [ ] / e pepet
1 Vokal tengah ialah fonem e pepet.
2 Bahagian tengah lidah berada dalam keadaan biasa, tidak dinaikkan
atau diturunkan. BAB
3 Buka rahang sederhana luasnya.
4 Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak untuk menutup 2
rongga hidung.
5 Udara keluar dari paru-paru (tanpa sekatan).
6 Pita suara bergetar.
7 Keadaan bibir neutral.
8 Contoh perkataan menggunakan e pepet (vokal tengah) ialah kelam,
sejahtera, kepompong, jerlus, segar, bentuk, senduk, mekar, mengkal,
terang, teruk, dan jeruk.
9 Contoh penggunaan e pepet dalam suku kata terbuka seperti terima
(te / ri / ma) dan bekas (be / kas).
10 Contoh penggunaan e pepet dalam suku kata tertutup seperti rendam
(ren / dam) dan bersama (ber / sa / ma)
Layari laman web https://goo.
gl/8hSRdi untuk memperoleh
maklumat tentang bunyi
konsonan.
[]
INFO
Bunyi Konsonan ‘13, ‘14, ‘15
Konsepsi Konsonan
1 Bunyi konsonan merupakan bunyi-bunyi selain bunyi-bunyi vokal. Jenis Konsonan Asli
2 Bunyi konsonan dihasilkan apabila aliran udara dari paru-paru dalam Bahasa Melayu
dihalang oleh organ-organ sebutan semasa melalui rongga mulut/
hidung.
3 Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara bermaksud konsonan letupan geseran sisian sengauan
yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari paru-paru separuh
menggetarkan pita suara. Konsonan tidak bersuara pula terhasil letusan getaran vokal
apabila udara dari paru-paru tidak menggetarkan pita suara.
4 Dalam bahasa Melayu, konsonan terbahagi kepada konsonan asli
dan pinjaman. Konsonan asli terdiri daripada bunyi-bunyi letupan,
letusan, sengauan, geseran, sisian, getaran, dan bunyi separuh
73
02[BM STPM P1].indd 73 3/20/18 8:55 AM

