Page 17 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 17
Bahasa Melayu Penggal 1 STPM Bab 2 Fonologi
5 Contoh pengujaran konsonan letupan gigi – gusi tak bersuara [t] ‘15
(a) Udara dari paru-paru dipam ke pita suara.
(b) Pita suara tidak bergetar.
(c) Udara tiba di rongga tekak, lelangit lembut dinaikkan (untuk
menutup rongga hidung).
(d) Udara kemudian terhalang, iaitu disekat dan dilepaskan serta- BAB
merta pada bahagian hujung lidah dan gusi, maka terhasillah
fonem [t], contohnya perkataan tari, dan nota. 2
[t]
6 Contoh pengujaran konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g]
(a) Udara dari paru-paru dipam ke pita suara.
(b) Pita suara bergetar.
(c) Udara tiba di rongga tekak, lelangit lembut dinaikkan (untuk
menutup rongga hidung).
(d) Udara kemudian terhalang, iaitu disekat dan dilepaskan serta-
merta pada bahagian belakang lidah dan lelangit lembut, maka
terhasillah fonem [g], contohnya perkataan gaya, dan pergi.
[g]
77
02[BM STPM P1].indd 77 3/20/18 8:55 AM

