Page 29 - PBD Plus P.Islam T4 (EG)
P. 29

Bidang Al-Quran
              4                Larangan Rasuah
           PELAJARAN







           Fokus Topik

            Larangan Allah SWT dalam Ayat


                                                      Judi

                                   Rasuah                              Riba


                                        Allah SWT melarang umat Islam
                        Salah guna        mengambil harta orang lain
                           kuasa              dengan cara seperti             Mencuri



                                          Menipu             Merompak



            Kesan Perbuatan Rasuah

                     Aspek                                    Kesan rasuah
            Individu (Pemberi dan    •  Dilaknat oleh Allah SWT dan rasul-Nya.
            penerima)                •  Hilang harga diri atau kejatuhan moral kerana rasuah itu berdosa.
                                     •  Dipandang hina atau dipulau oleh masyarakat dan jiran tetangga.
                                     •  Kehilangan pekerjaan.
            Masyarakat               •  Meningkatkan kes jenayah akibat sifat mementingkan diri.
                                     •  Menyemarakkan perasaan dendam sehingga boleh mencetuskan
                                       permusuhan.
                                     •  Tiada keadilan dalam keputusan di mahkamah disebabkan
                                       mengenepikan hak-hak orang tertentu.
                                     •  Orang ramai akan hilang kepercayaan kepada jabatan-jabatan
                                       kerajaan seperti Polis, SPRM, Kastam.
            Negara                   •  Melumpuhkan ekonomi negara akibat kos pengurusan yang
                                       meningkat.
                                     •  Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran kerajaan.
                                     •  Imej negara pada mata dunia tercalar kerana kerenah birokrasi
                                       sistem pemerintahan.
                                     •  Negara akan menjadi kucar-kacir dan hancur seperti yang pernah
                                       berlaku di Mesir dan Mesopotamia.




                                                       17                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






   04 PBD PLUS ISLAM TG4.indd   17                                                              06/01/2023   7:40 AM
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34