Page 34 - PBD Plus P.Islam T4 (EG)
P. 34
Fokus KBAT
IDEA Keikhlasan Berintegriti
Hadiah boleh memadamkan cahaya hikmah dan ia adalah
menyerupai rasuah.
1. Berdasarkan pernyataan di atas, adakah memberi hadiah itu dianggap sebagai amalan rasuah?
Kemukakan hujah anda. KBAT Menilai
Hadiah mungkin diberikan kepada seseorang atas rasa keikhlasan yang sebenarnya. Namun
hadiah boleh dianggap sebagai rasuah jika ianya berbentuk benda apabila mengharapkan
ganjaran tertentu daripada sesuatu pemberian hadiah tersebut. Kesimpulannya, berhati-
hatilah tentang hadiah kerana ianya ialah jalan menuju rasuah dalam kebanyakan situasi.
Pihak kerajaan telah berusaha dengan pelbagai cara untuk membanteras gejala
rasuah, namun amalan yang berakar umbi dalam kalangan masyarakat terus wujud.
2. Pada pendapat anda, mengapakah gejala rasuah perlu dibendung sepenuhnya dalam kalangan
masyarakat dan negara? Huraikan hujah anda. KBAT Menganalisis
Jenayah rasuah semakin menjadi-jadi dan sukar untuk dibanteras kerana melibatkan pegawai
kerajaan dan swasta, ahli politik dan orang awam. Fenomena ini sekali gus akan melahirkan
masyarakat yang tidak bersifat amanah, jujur dan berintegriti. Kesimpulannya, rasuah jika
dibiarkan sudah tentu akan menjadi api dalam sekam kepada masyarakat dan negara.
Enrolment key
pit4**pOT
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 22
04 PBD PLUS ISLAM TG4.indd 22 06/01/2023 7:40 AM

