Page 33 - PBD Plus P.Islam T4 (EG)
P. 33
Praktis SPM 4
KERTAS 1
1. (a) Firman Allah SWT:
(Surah al-Baqarah: 188)
Ayat di atas melarang umat Islam daripada mengambil harta orang lain secara yang salah
iaitu dengan mengamalkan rasuah.
Berdasarkan ayat di atas,
(i) Apakah maksud rasuah?
Buku Sebarang pemberian atau suapan yang bertujuan memalsukan kebenaran dan
Teks
ms. 26
membenarkan kepalsuan.
[2 markah]
(ii) Jelaskan dua faktor jenayah rasuah semakin berleluasa terutama dalam kalangan
penjawat awam. KBAT Menilai
• Sikap ingin hidup mewah dan tamak hingga sanggup mengambil rasuah dengan
mengetepikan ajaran agama.
• Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi yang tidak cekap dan lemah
menyebabkan kurang penyeliaan dan pemantauan ke atas pekerja.
[4 markah]
(iii) Apakah kesan buruk jenayah rasuah kepada negara? Kemukakan hujah bernas anda.
KBAT Menganalisis
Apabila gejala rasuah semakin berleluasa, pentadbiran negara secara keseluruhannya
akan terjejas disebabkan segala dasar atau penguatkuasaan menjadi lemah.
Kesannya, pelaksanaan undang-undang tidak dapat dijalankan secara adil dan
boleh menumbangkan ekonomi negara secara amnya. Oleh itu, pembuat polisi
negara seharusnya melihat pelaksanaan bebas rasuah bukan sahaja diperingkat
bawahan malah diperingkat pemain industri dan syarikat-syarikat multinasional agar
pentadbiran negara dapat diuruskan dengan adil dan saksama.
[4 markah]
21 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
04 PBD PLUS ISLAM TG4.indd 21 06/01/2023 7:40 AM

