Page 37 - PBD Plus P.Islam T4 (EG)
P. 37
Pendidikan Islam Tingkatan 4 Pelajaran 5
1.30.3 Sebab Turun Ayat Buku Teks ms. 30
SP 1.30.3 Menjelaskan sebab turun ayat 139 surah Ali-’Imran
4. Jelaskan sebab turun ayat 139 dari surah Ali-‘Imran. TP 2
Menurut Ibnu Abbas, ayat tersebut diturunkan ekoran kekalahan Nabi Muhammad SAW
dan para sahabat r.a dalam Perang Uhud. Kekalahan tersebut membuatkan para sahabat
merasa sangat kecewa, berduka cita dan lemah semangat lalu Rasulullah SAW berdoa: “Ya
Allah janganlah Engkau biarkan mereka menewaskan kami, Ya Allah tiada daya melainkan
kekuatan-Mu, Ya Allah tiada lagi yang akan menyembah-Mu kecuali kumpulan kami ini,
maka bantulah kami.” Lalu turunlah ayat ini membawa berita gembira bahawa pertolongan
Allah SWT tetap akan bersama orang yang beriman.
1.30.4 Konsep Sunatullah Buku Teks ms. 31 – 32
SP 1.30.4 Menjelaskan konsep sunatullah
5. Nyatakan maksud sunatullah. TP 3
Sunatullah ialah sistem dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT terhadap semua
makhluk dan tiada sesiapa yang boleh menghalang atau mengubah ketetapan tersebut.
Cuba jawab Praktis SPM 5, Krts 1, S1(a)(i)
6. Jelaskan konsep sunatullah yang membuktikan kehebatan dan kekuasaan Allah SWT. TP 3
(a) Sunatullah bersifat tetap dan kekal dengan izin Allah SWT
Konsep
sunatullah
(b) Sunatullah merangkumi semua makhluk
1.30.5 Kepentingan Mengkaji dan Meneliti Sejarah Umat Buku Teks ms. 33
Terdahulu
SP 1.30.5 Menerangkan kepentingan mengkaji dan meneliti sejarah umat terdahulu serta mengambil iktibar daripadanya
7. Terangkan kepentingan mengkaji dan meneliti sejarah umat terdahulu. TP 4
(a) Dapat mengenalpasti sebab kejayaan umat terdahulu Nota
Kepentingan mengkaji
dan meneliti sejarah
(b) Dapat mengenalpasti sebab kemusnahan umat terdahulu umat terdahulu
TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 25 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
04 PBD PLUS ISLAM TG4.indd 25 06/01/2023 7:40 AM

