Page 47 - Ranger SPM 2022 Perniagaan
P. 47
Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan
Pasaran Domestik
1. Pasaran domestik melibatkan penawaran barang dan perkhidmatan di pasaran dalam
negara.
2. Pasaran domestik dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tempatan, negeri, dan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
kebangsaan.
Skala tempatan
Tingkatan 4 2. Saiz pasaran adalah kecil dan kos untuk menjalankan perniagaan adalah
1. Perniagaan yang menembusi pasaran tempatan menjual barang atau
perkhidmatan kepada pelanggan di suatu tempat tertentu sahaja.
rendah.
3. Skala perniagaan tempatan hanya memerlukan bilangan tenaga buruh yang
sedikit. Tenaga buruh ini biasanya murah dan senang didapati daripada
persekitaran perniagaan.
Skala negeri
1. Perniagaan yang menembusi pasaran yang lebih besar pada peringkat daerah.
2. Kos untuk menjalankan perniagaan agak tinggi kerana perlu memenuhi
permintaan dari sesuatu kawasan, bandar, sebahagian negeri atau seluruh
negeri.
3. Kebanyakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjalankan perniagaan
pada tahap ini.
Skala kebangsaan
1. Saiz pasaran adalah lebih besar daripada skala negeri kerana skala ini
meliputi pasaran di seluruh negara.
2. Perniagaan dapat menikmati ekonomi bidangan kerana barang atau
perkhidmatan dapat ditawarkan pada harga yang berpatutan atau lebih
murah.
3. Perniagaan berskala kebangsaan mampu membeli stok dalam kuantiti yang
banyak dan memperoleh diskaun lebih tinggi.
Info PERNIAGAAN
Perniagaan yang dijalankan dalam pasaran domestik menyumbang
kepada pembangunan ekonomi negara dari segi mewujudkan
peluang pekerjaan, mengimbangkan pendapatan penduduk
tempatan, meningkatkan guna tenaga, dan mengurangkan masalah
pengangguran.
22 23
01.4 RANGER PENIAGA SPM.indd 22 29/12/2021 4:05 PM

