Page 48 - Ranger SPM 2022 Perniagaan
P. 48

Perniagaan  SPM  Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan
                  Pasaran Antarabangsa
                    1. Pasaran  antarabangsa melibatkan  penjualan produk  merentasi sempadan  negara
                      antara penduduk-penduduk di negara yang berbeza.
                    2. Pasaran antarabangsa melibatkan aktiviti eksport, import, dan entrepot.
             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                    3. Perniagaan dapat menerokai pasaran baharu di luar negara serta menguasai pasaran
                      yang luas.
                    4. Ini membolehkan perniagaan mengaut keuntungan yang lebih tinggi.
                    5. Pasaran antarabangsa dibahagikan kepada dua tahap, iaitu zon dan global.


                            Skala zon                                                                 Tingkatan 4

                    1. Perniagaan berskala mengikut zon merupakan  satu jenis perniagaan yang  bersaiz
                      besar. Perniagaan dijalankan di kawasan-kawasan tertentu yang telah dikenal pasti
                      dengan penawaran barangan dan perkhidmatan tertentu.
                    2. Perniagaan berskala zon biasanya beroperasi lebih daripada sebuah negara. Perniagaan
                      berskala zon akan menjalankan strategi campuran pemasaran yang berbeza-beza di
                      setiap negara berdasarkan cita rasa dan budaya setempat.


                           Skala global
                    1. Perniagaan berskala global meliputi pasaran yang merentasi sempadan negara.
                    2. Pada masa kini,  perniagaan dijalankan  dengan  penggunaan internet  supaya  operasi
                      perniagaan yang merentasi sempadan dipermudahkan.
                    3. Perniagaan  berskala  ini  menggunakan rancangan perniagaan dan strategi pemasaran
                      yang pelbagai untuk menjalankan perniagaan di beberapa buah negara.
                    4. Kerajaan memberi galakan kepada peniaga tempatan untuk menembusi pasaran global
                      melalui MATRADE. MATRADE menyediakan latihan dan bantuan kepada peniaga yang
                      ingin mengembangkan sayap ke luar negara.
                    5. Berikut merupakan contoh syarikat Malaysia yang berjaya menembusi pasaran global:







                            Malayan Banking Berhad
                                 (Maybank)          Air Asia Berhad   Sime Darby Berhad





                 PRAKTIS       FORMATIF           6


                     1.  Nyatakan tiga tahap pasaran domestik.
                     2.  Terangkan perniagaan berskala negeri.


 22                                                                                              23






         01.4 RANGER PENIAGA SPM.indd   23                                                  29/12/2021   4:05 PM
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53