Page 50 - Ranger SPM 2022 Perniagaan
P. 50

Perniagaan  SPM  Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan
                   11. Lazimnya, sektor utama adalah untuk memenuhi pasaran domestik seperti pertanian
                      dan perikanan kerana skalanya yang kecil, modal sedikit diperlukan dan bertujuan
                      memenuhi  keperluan dan kehendak  penduduk setempat sahaja.  Bagi aktiviti
                      perlombongan dan pembalakan, sektor ini mungkin adalah untuk memenuhi keperluan
                      pasaran negeri dan kebangsaan.
             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                   12. Selain itu, sektor kedua dan ketiga iaitu pengilangan dan perkhidmatan lazimnya
                      adalah untuk memenuhi pasaran domestik dan antarabangsa mengikut kemampuan
                      perniagaan tersebut.

                   13. Perniagaan  yang  dapat  menghubungkaitkan jenis barang dan perkhidmatan yang
                      ditawarkan, bentuk milikan yang dipilih, klasifikasi perniagaan, dan skala perniagaan    Tingkatan 4
                      yang dilaksanakan dapat membantu untuk  menjayakan sesebuah  perniagaan serta
                      menjana keuntungan yang lumayan.





                  PRAKTIS      FORMATIF           7

                     1.  Di manakah sesebuah perniagaan perlu didaftarkan?
                     2.  Cadangkan skala perniagaan yang sesuai untuk penubuhan Perniagaan Baju Moden
                       Style.





                     1.7
                            Perkembangan Sektor Perniagaan di Malaysia


                    1. Sektor perniagaan di Malaysia dibahagikan kepada tiga kategori iaitu sektor utama,
                      sektor kedua, dan sektor ketiga.
                    2. Di Malaysia, tumpuan yang diberikan dalam sektor perniagaan adalah berbeza pada
                      waktu yang berbeza.
                    3. Kerajaan Malaysia  telah berusaha  untuk mengembangkan  sektor perniagaan  yang
                      pelbagai supaya Malaysia dapat berkembang semakin maju dan berdaya saing.
                    4. Pelbagai usaha yang dijalankan oleh kerajaan seperti pemberian insentif, penyediaan
                      program-program  serta penubuhan agensi-agensi  untuk mengembang pelbagai
                      sektor perniagaan di Malaysia.
                    5. Taraf hidup rakyat Malaysia semakin meningkat berbanding dengan tahun yang lalu
                      menunjukkan ekonomi negara semakin berkembang.









 24                                                                                              25






         01.4 RANGER PENIAGA SPM.indd   25                                                  29/12/2021   4:05 PM
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55