Page 2 - BUKU MESYUARAT AGONG NEGERI PULAU PINANG 2021
P. 2

JATI DIRI KOPERASI


                     DEFINISI
                     Sebuah koperasi adalah pertubuhan manusia yang berautonomi di mana anggotanya bersatu secara
                     sukarela demi mencapai kepentingan bersama dan aspirasi bersama di bidang ekonomi, sosial dan
                     budaya, melalui suatu badan yang dimiliki bersama dan yang terkawal secara demokrasi.
                     NILAI-NILAI
                     Koperasi  adalah  berasaskan  nilai-nilai  berdikari,  bertanggungjawab  pada  diri  sendiri,  demokrasi,
                     kesamaan,  kesaksamaan  atau  keadilan,  perpaduan,  kesetiaan  dan  bersatu  hati.  Selaras  dengan
                     tradisi pengasas gerakan itu, anggota koperasi menerima nilai-nilai etika, termasuk sadik, amanah,
                     ketelusan, tanggungjawab sosial serta prihatin terhadap orang lain.
                     PRINSIP-PRINSIP KOPERASI
                     Prinsip koperasi menjadi panduan untuk koperasi mengamalkan nilai-nilainya.

                     Prinsip Pertama: Keanggotaan Sukarela dan Terbuka
                     Koperasi  adalah  organisasi  sukarela  yang  terbuka  kepada  semua  orang  yang  boleh  mengguna
                     perkhidmatannya  dan yang sedia menerima tanggungjawab keanggotaan tanpa diskriminasi jantina,
                     lapisan masyarakat, bangsa, politik mahupun agama.
                     Prinsip Kedua: Kawalan Demokrasi oleh Anggota
                     Koperasi organisasi demokratik yang dikawal oleh anggotanya mengambil bahagian secara aktif di
                     dalam  usaha  menentukan  dasar  dan  membuat  keputusan.  Lelaki  dan  wanita  yang  berkhidmat
                     sebagai  wakil  yang  dipilih  bertanggungjawab  kepada  semua  anggota.  Di  dalam  Koperasi  Asas,
                     anggotanya mempunyai hak mengundi yang sama (iaitu satu  ahli satu undi) dan koperasi-koperasi
                     di tahap lain disusun secara demokrasi.

                     Prinsip Ketiga: Penglibatan Ekonomi oleh Anggota
                     Setiap anggota menyumbangkan modal secara saksama dan mengawal modal koperasi itu secara
                     demokrasi. Sekurang-kurangnya sebahagian daripada modal itu menjadi harta bersama koperasi itu.
                     Pada umumnya, anggota yang menyumbangkan modal sebagai syarat keanggotaan akan menerima
                     pulangan terhad, jika ada.  Anggota akan membahagikan lebihan atau keuntungan kepada tujuan
                     berikut  :  memajukan  koperasi  mereka  mungkin  melalui  rezab  yang  sebahagian  daripadanya  tidak
                     boleh diagih-agihkan kepada anggota; memanfaatkan anggota mengikut nisbah urusniaga mereka
                     dengan koperasi itu, dan membantu kegiatan lain yang dipersetujui oleh keanggotaan.
                     Prinsip Keempat: Autonomi dan Kebebasan
                     Koperasi adalah organisasi berautonomi dan berdikari yang dikawal oleh anggotanya. Jika koperasi
                     itu membuat perjanjian dengan organisasi lain termasuk kerajaan, atau mendapat modal daripada
                     sumber  luar,  maka  ia  harus  memelihara  prinsip  kawalan  demokrasi  oleh  keanggotaan  sambil
                     autonomi koperasi itu dikekalkan.

                     Prinsip Kelima: Pendidikan, Latihan dan Maklumat
                     Koperasi menyediakan pendidikan dan latihan untuk  anggotanya, wakil yang dipilih, pengurus serta
                     kakitangan supaya mereka boleh menyumbangkan tenaga secara berkesan kepada pembangunan
                     koperasi mereka. Koperasi memberi maklumat kepada rakyat umum  khususnya kepada remaja dan
                     pemimpin masyarakat.
                     Prinsip Keenam: Bekerjasama di antara Koperasi
                     Koperasi  berkhidmat  kepada  anggotanya  dengan  cara  yang  paling  berkesan  dan  ia
                     memperkukuhkan Gerakan Koperasi jikalau ia bekerja bersama-sama dengan struktur koperasi lain,
                     setempat, nasional, serantau dan antarabangsa.
                     Prinsip Ketujuh: Berprihatin Terhadap Masyarakat
                     Koperasi  berusaha  untuk  mendapatkan  pembangunan  berkekalan  bagi  masyarakatnya  melalui
                     dasar-dasar yang dipersetujui oleh anggotanya.

                     * Versi ANGKASA 6 Mac 2002 (Jati Diri Koperasi yang diputuskan di Manchester, UK pada 24 September 1995)
   1   2   3   4   5   6   7