Page 4 - BUKU MESYUARAT AGONG NEGERI PULAU PINANG 2021
P. 4
LAPORAN TAHUNAN
Mesyuarat Agung Negeri Pulau Pinang
PELAN STRATEGIK ANGKASA 2050
(PESAN 50)
(Pelan Jangka Sederhana 2021-2030)
Tema: Koperasi Menjadi Pilihan Utama Perniagaan
Pada tahun 2020, ANGKASA menyelaraskan semula pelan strategik dengan mengambil kira cadangan
dan pandangan yang menyeluruh melalui bengkel di peringkat pengurusan ANGKASA, Kumpulan
Pemikir dari wakil EPU, IKM, UKM, UUM, MIER serta perunding luar sebagai pakar rujuk menerusi Meja
Bulat Validasi Pelan Hala Tuju ANGKASA 2050 dan soal selidik kesediaan koperasi untuk terlibat dalam
Pelan Strategik Perniagaan ANGKASA yang diedarkan Ketika Kursus Induksi Koperasi Baru Ahli
ANGKASA. Pembangunan Pelan Strategik ANGKASA 2050 (Pelan Jangka Sederhana 2021-2030) ini
adalah sejajar dan selaras dengan aspirasi kerajaan seperti yang terkandung dalam Wawasan
Kemakmuran Bersama (WKB 2030), Dasar Keusahawanan Nasional (DKN 2030), Pelan Transformasi
Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025, Dasar-dasar Utama Malaysia dan Luar Negara serta
Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goal).
1

