Page 5 - BUKU MESYUARAT AGONG NEGERI PULAU PINANG 2021
P. 5
LAPORAN TAHUNAN
Mesyuarat Agung Negeri Pulau Pinang
Pelan Strategik ANGKASA 2050 atau PESAN 50 menetapkan ‘Pemacu Unggul Kelestarian
Sosioekonomi Gerakan Koperasi’ sebagai visi ANGKASA, disokong oleh empat (4) Tonggak Strategik
utama iaitu Tonggak Ekonomi, Tonggak Ekosistem, Tonggak Tadbir Urus dan Tonggak Inovasi. Bagi
setiap tonggak, dua (2) Teras Strategik ditetapkan dengan memberi penekanan kepada Fokus
ANGKASA (untuk memperkukuhkan infrastruktur organisasi ANGKASA) dan Fokus Gerakan (untuk
melestarikan gerakan koperasi yang diterajui ANGKASA).
Anjakan Pelan Tindakan bagi pelaksanaan PESAN 50 telah dibahagikan kepada tiga (3) tahap jangka
masa iaitu Pelan Jangka Pendek (2017-2020), Pelan Jangka Sederhana (2021-2030) dan Pelan Jangka
Panjang (2031-2050). ANGKASA kini telah melangkah ke Anjakan Pelan Tindakan bagi Pelan Jangka
Sederhana 2021-2030 dengan bertemakan ‘Koperasi Menjadi Pilihan Utama Perniagaan’. Pelan
Strategik ini diperkukuhkan melalui Rancangan ANGKASA (2021-2030) dengan menggariskan Fokus
Keutamaan bagi Pelan Tindakan setiap liam (5) tahun dalam memastikan Hasil Strategi bagi setiap
tonggak tercapai.
2

