Page 28 - BUKU MESYUARAT AGONG NEGERI PULAU PINANG 2021
P. 28
LAPORAN TAHUNAN
Mesyuarat Agung Negeri Pulau Pinang
5. Proses Pencalonan:
Setiap calon yang hendak bertanding untuk jawatan di MAPA harus
menyerahkan borang pencalonan dan dokumen bersama pencadang serta
penyokong pada hari penamaan calon. Calon boleh mewakilkan urusan
pencalonan kepada orang lain tetapi tanggungjawab berhubung pencalonan
masih terletak pada calon.
6. Agenda MAPA:
(a) Mengesahkan minit Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA yang
lalu;
(b) Menimbang laporan Lembaga ANGKASA dan laporan
Jawatankuasa Audit Dalaman serta kewangan ANGKASA;
(c) Menimbang dan meluluskan akaun teraudit ANGKASA bersama
dengan laporan Juruaudit Luar;
(d) Pemilihan:
(i) Memilih seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden, empat
Naib Presiden (mengikut giliran gugur), seorang Pengerusi
Mesyuarat Agung Perwakilan dan seorang Timbalan Pengerusi
Mesyuarat Agung Perwakilan; dan
(ii) Melantik wakil Kementerian menurut subperenggan 57(3)(b)(ii)
Akta Koperasi 1993.
(e) Menimbang dan meluluskan bajet tahunan termasuk elaun dan
bayaran tugas kepada anggota Lembaga ANGKASA dan anggota
jawatankuasa termasuk elaun dan bayaran tugas dalam subsidiari,
jika ada, bagi tahun kewangan yang akan datang;
(f) Memilih enam (6) orang daripada Perwakilan Negeri dan empat (4)
orang daripada Lembaga ANGKASA sebagai Jawatankuasa
Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Perwakilan. Pemilihan
ini hendaklah dibuat pada awal setiap Mesyuarat Agung Perwakilan;
(g) Meluluskan dasar dan rancangan ANGKASA;
(h) Meluluskan pelantikan suatu panel yang terdiri daripada tidak kurang
dari dua (2) Juruaudit Luar untuk mengaudit akaun;
(i) Menimbang dan meluluskan apa-apa cadangan pindaan Undang-
undang Kecil ini dan Perintah Tetap, jika ada;
(j) Menentukan had maksimum keberhutangan; dan
(k) Mendengar dan memutuskan apa-apa usul daripada Lembaga
ANGKASA dan Usul Negeri yang diterima daripada sesuatu Negeri.
7. Undi:
Tiap-tiap orang yang layak menyertai Mesyuarat Agung Perwakilan
mempunyai satu undi.
Lembaga ANGKASA
1. Enam (6) orang dilantik daripada kalangan wakil dalam MAPA.
2. Dua (2) orang wakil kementerian (Kementerian Pembangunan Usahawan
dan Kementerian Kewangan) sebagaimana kehendak Akta Koperasi 1993
[Akta 502] Seksyen 57 (3)(b)(ii).
25

