Page 26 - BUKU MESYUARAT AGONG NEGERI PULAU PINANG 2021
P. 26

LAPORAN TAHUNAN

                                                                                                 Mesyuarat Agung Negeri Pulau Pinang



                                       Laporan Kewangan JPAN Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018 diterima
                                       atas cadangan dan sokongan seperti berikut:

                                           Pencadang  :    En. Abd. Aziz Mohd. Salleh
                                                     Koperasi Permatang Tinggi Kepala Batas Bhd.

                                       Penyokong  :    En. Abd Said Hussain
                                                                 Koperasi Sek. Men. Keb. Teluk Bahang Pulau Pinang Bhd.


                 AGENDA 6    :    TAKLIMAT  PELAKSANAAN  MESYUARAT  AGUNG  NEGERI  (MAN)  DAN
                                  MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA (MAPA) BAGI TAHUN 2020

                                  Tn. Hj. Mohamad Azmi Omaruddin, Naib Presiden menyampaikan taklimat ringkas
                                  mengenai pindaan undang-undang yang telah diluluskan dalam PKTA ke-33 dan
                                  masih  menunggu  kelulusan  SKM.  Pindaan  besar  ialah  mengenai  sistem
                                  mesyuarat perwakilan.

                                  Mesyuarat Agung Negeri (MAN)

                                  1.    Perwakilan Koperasi:
                                       Anggota  individu  koperasi  ahli  itu  yang  merupakan  anggota  Lembaga
                                       koperasi ahli itu yang dipilih untuk menyertai MAN.

                                  2.    Satu Koperasi Ahli hanya boleh mewakilkan seorang Perwakilan Koperasi
                                       ‘satu koperasi satu perwakilan’ dan ‘satu individu satu koperasi’.

                                  3.    Waktu Gugur Anggota JPAN:
                                       Jawatankuasa  Perhubungan  ANGKASA  Negeri  (JPAN)  akan  gugur
                                       serentak  dan  pemilihannya  hanya  akan  dibuat  tiga  tahun  sekali.  Ini
                                       bermakna pemilihan akan dilakukan tiga tahun sekali.

                                  4.   Hari Penamaan Calon:
                                       Akan ditentukan Lembaga  ANGKASA  dan dimaklumkan oleh  Setiausaha
                                       Eksekutif (SE) 14 hari sebelum tarikh MAN.

                                   5.    Proses Pencalonan:
                                       Setiap  calon  yang  hendak  bertanding  untuk  jawatan  di  MAPA  harus
                                       menyerahkan borang pencalonan dan dokumen bersama pencadang serta
                                       penyokong pada Hari Penamaan Calon. Calon boleh mewakilkan urusan
                                       pencalonan kepada orang lain tetapi tanggungjawab berhubung pencalonan
                                       masih tanggungjawab calon.

                                  6.    Agenda MAN:

                                       a.     Ucapan Presiden;
                                       b.     Membentangkan Minit Mesyuarat Agung Negeri yang lalu;
                                       c.    Membentangkan dan menerima laporan Jawatankuasa Perhubungan
                                             Negeri;
                                       d.    Membentangkan akaun teraudit atau draf akaun ANGKASA;




                                                            23
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31