Page 23 - BUKU MESYUARAT AGONG NEGERI PULAU PINANG 2021
P. 23
LAPORAN TAHUNAN
Mesyuarat Agung Negeri Pulau Pinang
Di peringkat nasional, ANGKASA telah banyak membantu menggerakkan
perniagaan Koperasi Kariah Masjid. Perniagaan yang dijalankan bukan sahaja
mencakupi keperluan ahli kariah malah dipanjangkan kepada masyarakat
setempat.
Bukan itu sahaja, ANGKASA juga membantu membangunkan Koperasi Kariah
Masjid di negara membangun seperti Kemboja.
Selain itu, pihak ANGKASA juga dipilih oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
untuk menggerakkan pembangunan ekonomi negara-negara Islam melalui
institusi koperasi.
Akhir kata, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir serta
kepada wakil SKM kerana memberi sokongan kepada gerakan koperasi. Beliau
berharap agar gerakan koperasi terus bergerak maju dan berdaya saing.
AGENDA 4 : PEMILIHAN
4.1 EMPAT (4) ANGGOTA JAWATANKUASA PERHUBUNGAN ANGKASA
NEGERI
[UUK 45 1(a) (b) – Jawatankuasa Perhubungan Negeri hendaklah terdiri
daripada:
(a) Seorang Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri; dan
(b) Sebelas orang Anggota Jawatankuasa Perhubungan Negeri,
yang dipilih daripada perwakilan koperasi ahli yang hadir dalam satu
Persidangan Negeri dalam sesuatu negeri. Satu pertiga daripada Anggota
Jawatankuasa Perhubungan Negeri termasuk Pengerusi Jawatankuasa
Perhubungan Negeri hendaklah mengosongkan keanggotaannya dalam
Jawatankuasa Perhubungan Negeri itu pada setiap kali Persidangan Negeri
dan boleh dicalonkan semula.]
Pengerusi Persidangan menyerahkan tugas mengendalikan agenda 4
kepada Tn. Hj. Mohamad Azmi Omaruddin, Naib Presiden ANGKASA
merangkap Ahli Jawatankuasa Kesahihan Wakil dan Calon Persidangan
Negeri 2019.
Dasar-Dasar Pengiraan Undi
Keputusan dasar kiraan undi telah dipersetujui secara undian sulit dalam
Persidangan Negeri Tahun 2019. Dasar kiraan mengikut amalan yang telah
dipraktiskan dipersetujui dengan undian 137 bersetuju dan 67 tidak
bersetuju.
20

