Page 62 - Buletin JSKM 2021
P. 62

61




                   PENGGUNAAN KATA KUNCI DAN SIMBOL DALAM PENCARIAN MAKLUMAT
                                               MELALUI ENJIN CARIAN
                          Rozita Kadar, Saiful Nizam Warris & Syarifah Adilah Mohamed Yusoff
                       Teknologi  maklumat  semakin  berkembang  pesat.  Istilah  “maklumat  di  hujung  jari”
                menunjukkan berapa mudah kita sekarang untuk mendapat maklumat. Penggunaan internet
                yang meluas memberi platfom maklumat yang boleh dicapai oleh semua orang. Pebagai enjin
                carian maklumat telah dicipta dan disediakan kepada kita untuk mencari maklumat di seluruh
                dunia  melalui  platfom  internet.  Disini  disediakan  enam  panduan  cara-cara  mencari  bahan
                melalui enjin carian google supaya hasil carian terbaik akan diperolehi oleh pengguna. Tips
                carian yang dibincangkan adalah seperti berikut: Quotes (“  ”), Hyphen ( - ), kata kunci site: ,
                kata kunci link: , kata kunci related:, dan fungsi Tab/butang, Berikut dibincangkan secara
                terperinci cara-cara penggunakan teknik carian tersebut.

                1.  Menggunakan Quotes (“   ”)

                Penggunaan simbol quote (“  “) adalah untuk mencari perkataan yang lebih spesifik dengan
                mengikut susunan dan perkataan yang ditulis. Contoh carian tanpa menggunakan quote ini
                ditunjukkan dengan menggunakan tiga perkataan iaitu khasiat daun pandan. Maka enjin carian
                akan  mencari  kandungan  yang  mempunyai  3  perkataan  ini  di  dalam  pelbagai  susunan
                perkataan. Dapatan dari carian ini adalah sebanyak 307,000. Selepas carian dibuat dengan
                menggunakan quote “khasiat daun pandan”, enjin carian akan cari mengikut susunan perkataan
                yang ditulis. Ini akan menghasilan carian yang lebih tepat dan hasil carian sebanyak 32,400
                telah dipaparkan.
                                tanpa quote                                 dengan quote


















                2.  Menggunakan Hyphen ( - )

                Penggunaan simbol Hypen (-) adalah untuk mencari perkataan yang mempunyai makna yang
                berbeza. Sebagai contoh, di bawah menujukan carian perkataan “Kuda”. Didapati perkataan
                kuda adalah berkait rapat dengan haiwan dan juga sebahagian dari kerangka rumah. Sekiranya
                kita  mencari  makluman  berkaitan  kuda  untuk  haiwan  dan  hanya  menggunakan  katakunci
                “Kuda”  dienjin  carian,  maka  kita  akan  dapati  sebanyak  62  juta  maklumat  dipaparkan
                berbanding dengan perkataan kuda -haiwan telah berkurang hingga 900 ribu dan difokuskan
                kepada “haiwan” sahaja. Ini akan membantu untuk mencari makluman yang lebih tepat dan
                hanya maklumat berkaitan sahaja akan dipaparkan.
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67