Page 63 - Buletin JSKM 2021
P. 63
62
tanpa hyphen dengan hyphen
3. Katakunci site:
Penggunaan katakunci site: adalah untuk mencari sesuatu perkataan di dalam laman sesawang
tertentu.
Contoh: JSKM site: https://penang.uitm.edu.my/
Dengan contoh carian ini, enjin carian akan mencari perkataan JSKM yang berada di dalam
laman sesawang https://penang.uitm.edu.my/. Ini akan membantu kita untuk menjelajah
sesuatu laman sesawang itu dengan lebih cepat. Hasil carian ditunjukan di rajah berikut di mana
terdapat sebanyak 170 tempat di website https://penang.uitm.edu.my/ bagi perkataan JSKM.
4. Katakunci link:
Katakunci link: adalah untuk mencari sesuatu laman sesawang yang menggunakan alamat
laman sesawang yang kita nyatakan di kunci carian. Sebagai contoh, sekiranya kita hendak cari
sesuatu laman sesawang mana yang menggunakan uitm.edu.my, maka kita akan memasukan
perkataan seperti berikut,
link: https://penang.uitm.edu.my/
Contoh di bawah adalah hasil carian menggunakan katakunci link yang mana ianya akan
menyenaraikan semua laman sesawang yang menggunakan link uitm,edu.my

