Page 66 - Buletin JSKM 2021
P. 66
65
PENGENALAN KAMUS SMART MALAY-CHINESE PROVERBS UNTUK
PEMBELAJARAN PERIBAHASA CINA
Ch’ng Pei Eng, Chew Yee Ming & Saiful Nizam Warris
Kamus Smart Malay-Chinese Proverbs adalah salah satu modul dalam Smart Malay–
Mandarin Dictionary yang terdiri daripada koleksi peribahasa Cina yang boleh dicapai dengan
menggunakan kata kunci bahasa Melayu atau Cina. Kamus ini mengandungi sebanyak 2495
peribahasa Cina dan mengandungi sebanyak 69,000 patah perkataan Cina. Satu keunikan lagi
tentang kamus ini adalah ia disokong dengan fail audio suara untuk membacakan peribahasa
Cina dalam bahasa Cina (Mandarin) dengan cara sebutan yang tepat.
Matlamat kamus ini dibangunkan, adalah untuk membantu sesiapa sahaja yang
berminat untuk mempelajari peribahasa Cina secara teks dan audio dengan mudah dan tepat.
Pelajar univeristi dan sekolah adalah golongan yang digalakkan untuk menggunakan kamus
ini. Artikel ini akan menerangkan cara penggunaan kamus ini supaya lebih ramai orang akan
menikmati manfaat daripada kamus ini.
Langkah 1:
Klik pada pautan yang disediakan di bawah untuk mengakses kamus secara atas talian.
http://appspenang.uitm.edu.my/mandmalay/peribahasa
Anda akan mendapat paparan skrin seperti dalam Rajah 1:
Rajah 1: Paparan skrin utama Smart Malay-Chinese Proverbs

