Page 12 - LAPORAN MPSM
P. 12
MINIT MESYUARAT AGUNG MPSM LARUT MATANG DAN SELAMA
TAHUN 2019
Tarikh : 3 Disember 2019 ( Selasa )
Masa : 9:00 pagi
Tempat : Bilik TASHA II Cinta Sayang Golf Resort Sg Petani, Kedah
Kehadiran : Sila Rujuk Lampiran
AGENDA 1: Ucapan Pengerusi Mesyuarat Agung 2019
1.1 Pengerusi mesyaurat En Mohammad Suhaimi bin Talib mengucapkan terima kasih dan
mengalu-alukan kehadiran semua ahli ke Mesyaurat Agung MPSM LMS tahun 2019.
1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua AJK
MPSM LMS dalam membuat persiapan dan persediaan untuk kelancaran program kita
pada hari ini.
1.3 Pengerusi menyenaraikan pengetua yang akan bersara pada 2020 iaitu,
1.3.1 Pn Hjh Roslini binti Razali (Pengetua SMK Dato Wan Ahmad Rasdi) –
Januari 2020
1.3.2 En Mohammad Suhaimi bin Talib (Pengetua SMK Dato Kamruddin ) –
Mac 2020
1.3.3 Pn Mariam bin (SMK Dr Burhanuddin) - …. 2020
1.3.4 Tn Hj Muhamad Shahrir bin Sukirman (SMK Pengkalan Aur) – Mei 2020
1.3.5 En Ab Rahman bin Bidin (SMK Sg Bayur) – Ogos 2020
1.4 Pengerusi memaklumkan bahawa pada tahun ini tiada perlantikan AJK kerana
perlantikan AJK dilaksanakan dua tahun sekali. Pemilihan AJK tahun hadapan boleh
melibatkan pengetua yang bersara dengan syarat hanya dilantik sebagai AJK Kecil.
AGENDA 2: Ucapan YDP MPSM LMS (Tn. Hj. Mohd Noor Rashid Bin Kamaridi)
2.1 YDP mengucapkan terima kasih atas kepercayaan beliau dilantik sebagai YDP MPSM
LMS. Beliau juga mengucapkan Tahniah atas kejayaan pengetua-pengetua LMS
termasuklah En Mohd Paku Ruzi bin Min NYDP MPSM Perak Pengetua Cemerlang SMK
King Edward VII Taiping kerana kedudukan no 14 sekolah terbaik di Malaysia.
2.2 YDP juga memaklumkan kerjasama yang baik daripada barisan AJK MPSM LMS juga
memberi keyakinan kepada beliau untuk sama-sama menerajui MPSM LMS. Beliau turut
11

