Page 15 - LAPORAN MPSM
P. 15
3. Semua laporan aktiviti adalah melibatkan MPSM, bukan sekolah-sekolah tertentu
sahaja.
4. Notis mesyuarat agung dan boring usul telah dikeluarkan seawal 5 November 2019
dalam Telegram Rasmi MPSM LMS. Semua ahli hendak atau tidak mesti
menggunakan aplikasi Telegram (saluran Rasmi MPSM) untuk berkomunikasi lebih-
lebih lagi di zaman IT dan IR4.0. Draf surat jemputan ke Sg Petani telah dikeluarkan
Pertengahan bulan November 2019 dan dihantar ke PPD untuk tandatangan KPPD.
Masalah timbul bile berlakunya penstrukturan semula di PPD pada masa yang sama
menyebabkan sukar mendapatkan siapa yang sepatutnya menguruskan hal-hal
berkaitan MPSM. Alhamdulillah surat telah diterima sehari sebelum mesyuarat
Agung di Sg Petani dan dimasukkan dalam Telegram Rasmi MPSM LMS dan
diemailkan ke sekolah-sekolah.
7.2 En Suhaimi mengumumkan perlantikan AJK baharu:
7.2.1 Pn Hjh Endok Salwa binti Abdul Wahab bagi menggantikan En Abd Bashid bin
Harun
7.2.2 Pn Hjh Nor Hayati binti Hanafiah untuk menggantikan tempat En Zainal bin Umar.
AGENDA 8 : Ucapan Penangguhan YDP
YDP mengharapkan kerjasama semua ahli dalam semua aktiviti yang akan dirancang. Kebersamaan
semua adalah perlu bagi menunjukkan kesepakatan dalam MPSM.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10:50 pagi.
Disediakan oleh :
MAZNAH BINTI ABDULLAH
SETIAUSAHA KEHORMAT MPSM LMS
Disemak oleh :
TN HJ MOHD NOOR RASHID BIN KAMARIDI
YDP MPSM LMS
14

