Page 14 - LAPORAN MPSM
P. 14

AGENDA 6: Membentang & Membahaskan Usul-usul


                       6.1    Cik Naimah binti Jusoh membacakan usul-sul daripada AJK MPSM LMS
                              seperti dalam muka surat 18 buku Mesyuarat Agung MPSM LMS iaitu:

                       6.1.1  Mana-mana Ahli Jawatankuasa yang TIDAK HADIR TIGA KALI BERTURUT-TURUT
                              tergugur jawatannya sebagai AJK.
                       6.1.2  Setiap Ahli MPSM MESTI membayar yuran tahunan MPSM. Sekiranya mana-mana ahli

                              tidak membayar yuran tahun MPSM LMS, maka dia tidak boleh mengundi dalam
                              mesyuarat agung.
                       6.1.3  Pihak MPSM LMS TIDAK AKAN LAGI mendahulukan apa-apa bayaran untuk ahli-ahli

                              untuk sebarang program peringkat LMS, Negeri Perak ataupun Kebangsaan.
                       6.1.4  Sekiranya Pengetua tidak dapat hadir dalam mesyuarat agung peringkat daerah atau
                              negeri, sekolah itu mesti menghantar wakil daripada PKP atau PK-PK yang lainnya.
                       6.1.5  Dicadangkan pengetua mendapat satu gred jawatan lebih tinggi daripada guru-guru iaitu

                              DG 56 atau lebih tinggi.

                              Semua usul diterima dengan sedikit pindaan bagi usul-sul berikut:

                              6.1.1  Mana-mana Ahli Jawatankuasa yang TIDAK HADIR TIGA KALI BERTURUT-
                                     TURUT TANPA SEBAB tergugur jawatannya sebagai AJK.

                              6.1.6  Dicadangkan pengetua mendapat satu gred jawatan lebih tinggi daripada
                                     guru-guru iaitu DG 56 HAKIKI atau lebih tinggi.

                       6.2    Pn Hjh Nor Hayati binti Hanafiah mengusulkan agar diadakan Perkongsian Amalan
                              Terbaik di kalangan pengetua-pengetua supaya dapat memberi manfaat bersama kepada
                              pengetua-pengetua lain.

                              YDP memaklumkan bahawa MPSM telah melaksanakan beberapa Perkongsian Amalan
                              terbaik dalam kalangan pengetua-pengetua seperti:
                              6.2.1 Bengkel Memperkasa Pengetua Abad ke-21
                              6.2.2 Bengkel DTP: Memperkasa Pemimpin Pertengahan Abad ke-21
                              6.2.3 Bengkel Google Classroom dan lain-lain seperti tercatat dalam senarai
                                  Aktiviti.
                              In syaa Allah AJK akan merancang dan meneruskan aktiviti perkongsian amalan terbaik
                              dari masa ke semasa.


               AGENDA 7: Ucapan Penangguhan Ahli



                       7.1    En Wan Muaz bin Wan Ahmad:
                              7.1.1  Mencadangkan agar semua usul dibahaskan untuk mencari penyelesaian.
                              7.1.2  Bayaran yang dibuat tidak mendapat resit (baju batik dan yuran)
                              7.1.3  Mohon masukkan juga aktiviti SABK (5 buah sahaja SABK di LMS) dalam
                                     Laporan Aktiviti MPSM.
                              7.1.4  Tidak menerima surat untuk hadir mesyuarat Agung MPSM LMS (bukan
                                     pencinta Whatsapp dan Telegram)

                       YDP memaklumkan bahawa:
                              1.  Hanya usul-usul yang diterima sebelum tarikh tutup sahaja dibahaskan.
                              2.  Bendahari telah mengeluarkan resit. Cuma semasa resit (dimasukkan dalam sampul
                                 surat) diagihkan En Wan Muaz tidak hadir/tidak berjumpa dengan Bendahari.
                                 Bayaran yang diterima lewat juga menyebabkan resit lambat dikeluarkan.





                                                           13
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19