Page 23 - SKBA MANUAL PENGURUSAN SKBA 2021 - test
P. 23

23
                                                                                                               SK BUKIT AWANG, PASIR PUTEH




               MATLAMAT SEKOLAH DAN PERATURAN AM


              i.     Matlamat Sekolah
               Matlamat sekolah ialah untuk melonjakkan murid ke mercu kejayaan, sama ada dari
               segi  akademik  atau  akhlak.  Jika  ini  dapat  dicapai,  maka  masa  depan  mereka
               adalah cerah. Mereka akan menjadi insan kamil yang berilmu dan hidup bahagia.
               Di samping memperaku beberapa strategi dalam pengajaran dan pembelajaran,
               maka perancangan pembelajaran yang bahagia hendaklah diteruskan sehingga
               tercapai matlamat yang paling maksimum.

               Strategi Yang Diperaku
               1.    Pengajaran mestilah mengikut sukatan pelajaran yang diperuntuk.
               2.    Pengajaran  mestilah  menggunakan  kaedah  dan  teknik  yang  tidak
                     menjemukan.
               3.    Memastikan setiap unit yang diajar itu murid-murid telah mencapai kemahiran
                     ke tahap maksimum yang tidak meragukan.
               4.    Memperbanyak  latih  tubi  dengan  soalan  bermutu  di  samping  membuat
                     pemulihan segera bagi murid lemah dengan kaedah kumpulan atau individu.
               5.    Membekalkan soalan/kerja rumah yang bermutu dengan kerap.
               6.    Mengajar menggunakan alat termasuk teknologi moden sedia ada di sekolah.
               7.    Mengadakan kelas tambahan petang, hari Sabtu dan semasa cuti sekolah.
               8.    Menggalakkan  murid  supaya  menggunakan  perpustakaan  sekolah  sebagai
                     gedung ilmu.
               9.    Mengadakan sudut mata pelajaran dalam bilik darjah secara teratur.
               10.  Mengemaskini senarai semak dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi
                     kelemahan.
               11.  Menggabungkan tenaga guru untuk mencapai sebanyak mungkin matlamat
                     sekolah.
               12.  Mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa atau penjaga atau lawatan ke
                     rumah.

               B.    Mengemaskini Tugas
               1.    Fail Persediaan Mengajar
                     a.  Isikan maklumat yang perlu selewat-lewatnya pada minggu kedua.
                     b.  Menyediakan rancangan mengajar selewat-lewatnya pada minggu kedua.
                     c.  Serahkan pada tiap-tiap Khamis untuk disahkan.

               2.    Jadual Waktu Darjah & Persendirian
                     a.   Dicatatkan di dalam buku persediaan mengajar secara kemaskini.
                     b.   Tampalkan di dalam bilik darjah pada penjuru yang senang dilihat.
                     c.   Pasti jadual waktu yang hendak digunakan disahkan oleh Guru Besar.

               3.    Buku Kenyataan Keluar-Masuk Pada Waktu Kerja

                     a.  Semua guru dan kakitangan sokongan yang dibenar meninggalkan sekolah
                         oleh guru besar atas urusan sekolah atau peribadi hendaklah dicatat dalam
                         buku keluar-masuk.
                     b.  Keluar  kawasan  sekolah  sewaktu  bertugas  tanpa  kebenaran  guru  besar
                         adalah suatu kesalahan. Begitu juga menjalankan urusan selain daripada
                         yang    tercatat    dalam    buku     keluar-masuk     bekerja    adalah    satu
                         penyelewengan.
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28