Page 24 - SKBA MANUAL PENGURUSAN SKBA 2021 - test
P. 24

24
                                                                                                               SK BUKIT AWANG, PASIR PUTEH




               4.    Buku Kedatangan Guru  ( Punch Kad )

                     a.  Semu guru mesti punch kad masa hadir dan masa pulang
                     b.  Jika  datang  lewat  disebabkan  masalah  tidak  dapat  dielakkan,  sila
                         maklumkan kepada Guru Besar.
                     c.  Guru bertugas harian hendaklah menulis laporan tiap-tiap hari.


               5.    Pakaian Guru

                     a.  Surat Pekeliling Iktisas Bil.6/1985 hendaklah dipatuhi.

                       Guru-guru Lelaki

                     a.  Seluar panjang dan baju kemeja (digalakkan bertali leher) atau bushjaket.
                         Jika  baju  lengan  panjang,  tangan  baju  jangan  dilipat.  Baju  hendaklah
                         dimasukkan ke dalam.
                     b.  Kasut kulit atau kasut lain yang sejenis dengannya.
                     c.  Pakaian baju melayu lengkap dengan samping, atau pakaian baju yang
                         mirip  potongan  baju  melayu  dan  dipakai  dengan  seluar  panjang
                         dibolehkan.
                     d.  Baju melayu dengan kain sarung, tracksuit, seluar pendek, kemeja T, jersi,
                         kasut sukan, baju Hawaii, selipar, kasut getah dan lain-lain yang menjolok
                         mata, tidak boleh dipakai.

                     Guru-guru Perempuan

                     e.  Pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing dan jenis pakaian
                         lain yang sesuai dan tidak menjolok mata.
                     f.  Kasut sukan, selipar, capal, jeans, tracksuit, kemeja T, jersi, seluar pendek, dan
                         apa-apa pakaian yang menutup muka, tidak boleh dipakai.


               7.    Aktiviti Luar Bilik Darjah

                     a.  Pakaian yang sesuai dan tidak menghalang kecergasan gerak kerja yang
                         dilakukan.
                     b.  Kasut  tumit  tinggi  atau  kasut  kulit  yang  mengganggu  kecergasan  gerak
                         kerja, sarung ketat atau seluar ketat, cheongsam, kebaya, sari dan lain-lain
                         jenis kain jarang dan menjolok mata tidak sesuai dipakai.


               C.      AM
               1.    Buku Rampaian
                     a.  Semua  latihan  atau  buku  rampaian  murid  hendaklah  diperiksa  dan
                         dikembalikan kepada murid selewat-lewatnya dalam tempoh seminggu.

               2.    Kebersihan
                     a.  Guru darjah mestilah mengawasi bilik darjahnya supaya sentiasa bersih dan
                         ceria.
                     b.  Guru  bertugas  mingguan  hendaklah  mengarahkan  murid  membersih  bilik
                         darjah.
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29