Page 25 - SKBA MANUAL PENGURUSAN SKBA 2021 - test
P. 25

25
                                                                                                               SK BUKIT AWANG, PASIR PUTEH




               3.    Pendidikan Jasmani

                     a.  Guru  PJ  hendaklah  sentiasa  mengawasi  murid  semasa  mengambil  dan
                         menyimpan alat PJ supaya tidak berselerak.
                     b.  Guru  PJ  dikehendaki mengawasi  murid  berbaris  keluar  dan  masuk  darjah
                         supaya tidak bising dan mengganggu kelas lain.
                     c.  Murid mesti memakai uniform sukan yang telah ditetapkan.

               4.    Guru Bertugas Mingguan

                     a.  Dikehendaki sentiasa mengawasi murid dari segala kemalangan.
                     b.  Mengawasi murid beratur semasa pulang.
                     c.  Berada di sekolah 10 minit lebih awal sebelum loceng berbunyi.
                     d.  Mengisi buku harian sekolah.

               5.     Perhimpunan
                     b.  Semua  guru  diminta  bersama  semasa  perhimpunan  atau  sesuatu  majlis.
                         Guru darjah juga diminta menolong mengawas muridnya supaya beratur
                         dengan berdisiplin.


               D.      TUGAS-TUGAS GURU DARJAH

               1.    Mengawasi keselamatan, kebersihan dan disiplin murid.
               2.    Memastikan  bahawa  murid  mempunyaï  kelengkapan  pembelajaran  yang
                     cukup dan menyelia kebersihan kelas dengan sempurna.
               3.    Melantik ketua darjah dan penolong ketua darjah.
               4.    Menghiasi bilik darjah supaya kelihatan cantik dan tidak menjemukan.
               5.    Mengawasi keselamatan perabot dalam bilik darjah.
               6.    Mempamerkan  jadual  waktu  kelas  dan  jadual  bertugas  harian  murid  pada
                     bahagian yang senang dilihat oleh semua murid.
               7.    Mengurus jadual kedatangan murid dengan kemaskini.
               8.    Menyenggara senarai nama murid untuk tujuan tertentu apabila diminta.
               9.    Mengurus kutipan yuran tahunan.
               10.  Menyenggara markah ujian mengikut tarikh yang ditetapkan.
               11.  Menyelia dan mengemaskini kad kemajuan, buku kesihatan, kad prestasi dan
                     dokumen lain yang berkaitan dengan murid.
               12.  Memastikan  murid  belajar  dengan  betul  dan  merujuk  jadual  waktu  kelas
                     apabila ketiadaan guru dan pergi menjemputnya.
               13.  Menguruskan perhubungan antara sekolah dengan ibu bapa menerusi murid
                     jagaannya.
               14.  Melaksanakan tugas lain yang ditentukan oleh pentadbir sekolah dari semasa
                     ke semasa.
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30