Page 29 - SKBA MANUAL PENGURUSAN SKBA 2021 - test
P. 29

28
                                                                                                               SK BUKIT AWANG, PASIR PUTEH

               2.    PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN

               Bidang Tugas Panitia

               1.    Memperoleh  sukatan  pelajaran  semasa  dan  menyediakan  rancangan
                     mengajar yang diselaraskan mengikut penggal berdasarkan keperluan sesuatu
                     darjah atau kelas.
               2.    Memilih  dan  mencadangkan  buku  rujukan  kepada  pentadbir  sekolah  untuk
                     kegunaan pelajar berdasarkan kesesuaiannya dengan sukatan pelajaran dan
                     tahap kebolehan pelajar.
               3.    Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan tambahan dan
                     alat bantu mengajar yang sesuai dengan pelajar dan guru untuk dibekalkan di
                     pusat sumber.
               4.    Menyediakan       sudut    dan     bahan      pembelajaran      dan     merancang
                     penggunaannya untuk        pelajar.
               5.    Menyelaraskan  soalan  ujian  dan  peperiksaan  (berasaskan  sekolah)  yang
                     disediakan bagi tiap-tiap darjah dan jika perlu, menubuhkan bank soalan.
               6.    Mengkaji  dan  menganalisis  keputusan  peperiksaan  khususnya  peperiksaan
                     penggal  serta  mengambil  langkah  mengatasi  kelemahan  pembelajaran
                     pelajar dan pengajaran guru.
               7.    Merancang  dan  menjalankan  aktiviti  perkembangan  staf  peringkat  panitia
                     dalam hal profesion keguruan.
               8.    Membantu guru baru dalam hal ikhtisas.
               9.    Membantu  pentadbir  merancang  perbelanjaan  tahunan  berdasarkan
                     peruntukan yang       diberi.
               10.  Merancang aktiviti panitia bagi meningkatkan prestasi pelajar.
               11.  Menentukan        bilangan     minimum       latihan   yang     diberi    dari   segi
                     jenis/kepelbagaian.
               12.  Memastikan latihan bertulis disemak dengan konstruktif dan kesalahan dalam
                     latihan bertulis ditegaskan untuk pembetulan.
               13.  Bekerjasama dengan persatuan akademik bagi meningkatkan prestasi pelajar.
               14.  Menyimpan  fail  rasmi  panitia  di  pejabat  sekolah  secara  kemaskini  dan
                     berterusan.
               15.  Menyediakan rancangan mengajar untuk kedua-dua penggal persekolahan
                     dan menyelaraskannya di kalangan guru bagi sesuatu tahun.
               16.  Mengadakan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya 3 kali setahun (Jan, April,
                     dan Julai).
               17.  Mengatur  dan  mengadakan  mesyuarat  secara  tidak  formal  berhubung
                     dengan  kaedah  mengajar,  sukatan  baru,  format  peperiksaan  baru  serta
                     menyelesaikan masalah.
               18.  Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi daripada
                     kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain.
               19.  Menguruskan latihan dalaman.
               20.  Ketua  panitia  menyenggara  fail  panitia  dan  semua  minit  atau  laporan
                     mesyuarat, surat-menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34