Page 10 - MAAL HIJRAH
P. 10
PERISTIWA PENTING SEMASA HIJRAH RASULULLAH
27 SAFAR - DI MEKAH
▪ Pada waktu tengah malam Rasulullah keluar bersama-sama dengan
Saidina Abu Bakar. Saidina Ali pula tidur berselimut di tempat baginda
untuk mengelirukan musyrikin Quraisy.
▪ Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar menyusuri jalan yang tidak biasa
dilalui oleh orang ramai ke Madinah .
▪ Abdullah, putera Saidina Abu Bakar bertugas meninjau dan melaporkan
situasi yang berlaku di Mekah. Asma’, pterinya pula bertugas
menyediakan bekalan makanan. Amir bin Fihairah, hambanya pula
membawa kambing ke pintu gua untuk menyediakan bekalan susu dan
menghilangkan kesan jejak kaki Rasulullah SAW.
▪ Musyrikin Mekah menawarkan 100 ekor unta kepada sesiapa yang
dapat menangkap Rasulullah SAW.
▪ Kumpulan Quraisy membuat operasi besar-besaran menjejaki
Rasulullah SAW. sebahagian daripada mereka telah tiba ke Gua Thur
dengan bantuan AllahSWT mereka tidak dapat menemui Rasulullah
SWT. Dalam keadaan yang cemas itu, Rasulullah mententeramkan
Saidina Abu Bakar sebagaimana yang di sebut dalam ayat 40 surat
atTaubat.

