Page 11 - MAAL HIJRAH
P. 11

PERISTIWA PENTING SEMASA HIJRAH RASULULLAH






         GUA THUR


         ▪    Setelah 3 hari di Gua Thur, mereka menuju ke Madinah bersama-sama

              dengan seorang penunjuk jalan, iaitu Abdullah bin Uraikid iaitu seorang

              musyrik yang jujur.

         ▪    Suraqah bin Malik berjaya menjejaki Rasulullah tetapi apabila dia

              menghampiri Rasulullah, kuda yang ditunggangnya terperosok ke dalam

              pasir sebanyak 3 kali. Rasulullah memaafkan Suraqah dan memintanya

              merahsiakan pertemuan mereka lalu menjanjikan mahkota “KISRA”


              untuknya.




         8 RABIUL AWAL - DI QUBA’

         ▪    Rasulullah SAW tiba di Quba’ dan tinggal beberapa hari di sana. Semasa

              berada di Quba’, Rasulullah SAW telah membina masjid yang dinamakan

              Masjid Quba’.





         12 RABIUL AWAL - DI YATHRIB (MADINAH)

         ▪    Ketibaan Rasulullah SAW di sambut gembira oleh penduduk Yathrib.

              Mereka berlumba-lumba merebut tali unta tunggangan Rasulullah SAW

              dengan harapanRasulullah SAW menetap di rumah mereka. Akhirnya

              unta Rasulullah SAW berhenti di rumah Abu Ayub al-Ansori.
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16