Page 6 - MAAL HIJRAH
P. 6
FAKTOR YANG MENDORONG BERLAKUNYA HIJRAH
1- ISYARAT ALLAH SWT:
❑ ALLAH mengisyaratkan Rasulullah SAW supaya berhijrah.
2- MEMELIHARA AKIDAH:
❑ Umat Islam mengorbankan tanah air dan harta mereka demi
menyelamatkan akidah tauhid yang lebih berharga.
3- PELAWAAN PENDUDUK YATHRIB (MADINAH):
❑ Sekumpulan penduduk Yathrib telah mempelawa Rasulullah untuk menjadi
pemimpin mereka.
❑ Rasulullah mengadakan bai’ah Aqabah pertama dan bai’ah Aqabah kedua
dengan sekumpulan penduduk di Yathrib.
❑ Baginda telah menghantar Mus’ab bin Umair untuk berdakwah dan
mengajar al-Quran kepada penduduk Yathrib.
4-PENENTANGAN MUSYRIKIN QURAISY SEMAKIN
❑ Kaum Musyrikin Mekah melakukan pelbagai bentuk penentangan
termasuklah penyeksaan terhadap umat Islam.
❑ Tekanan atas Rasulullah SAW pula semakin hebat terutamanya selepas
kematian bapa saudara baginda iaitu Abi Talib.
❑ Kemuncak kepada penentangan mereka ialah mereka berpakat di Darun
Nadwah untuk membunuh Rasulullah SAW.
PAKATAN MEMBUNUH NABI MUHAMMAD DI DARUN NADWAH :
Mesyuarat bersetuju agar seorang pemuda yang gagah daripada setiap
puak di pilih membunuh nabi Muhammad SAW secara serentak supaya Bani
Hashim tidak dapat menuntut bela atas kematian nabi Muhammad SAW.

