Page 2 - HARI MALAYSIA
P. 2

HARI MALAYSIA




               Perjanjian berkenaan dengan penubuhan perlembagaan Malaysia (dokumen)


               Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk

               memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada


               tahun 1963. Ia menandakan penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah,

               Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.




               Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963


               namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia

               disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6.


               Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk

               pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16


               September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi

               membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa


               membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.




               Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan

               Yang Di-Pertua Negeri. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan


               merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai

               tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di

               Malaysia.






                                                              2
   1   2   3   4   5   6   7